Monday, 17 December 2012

Aku Masih Begini

Aku masih sendiri
Dan selesa begini
Bukan terlalu memilih
Bukan jua tidak dipilih
Tapi sengaja aku menyisih
Kukuburkan saja perihal ini

Lemparkanlah semua kata
Sedangkan hatiku belum terbuka
Dek dasarnya tersimpan sisa

Sayang itu masih ada
Apatah lagi parut luka lama
Tegar aku diganggu bayangan
Entah bila bakal menghilang
Makin rancak mengusik kenangan

Apa yang aku harapkan
Pergilah segala ingatan
Agar nafasku terhambur tenang
Tiadalah hidup bercangkaliwang

Astagfirullah'alazim...
Terduduk kaku beristghfar panjang


p/s : Jiwaku rencam dek kosong berlamaan
dan alunan zikir mengembalikan kedamaian..

Thursday, 13 December 2012

Renungilah Hati

Amat mudah bagi dirimu
Menyenarai panjangkan tiap satu salah lakuku
Sedangkan tak termuhasabah oleh kamu
Walau satu kelemahan pada dirimu

Betul ibarat pepatah
Kuman di seberang laut nampak
Gajah di depan mata tidak terlihat

Entah bila mahu dikau ingatkan sendiri
Agar perbanyak renungi diri
Jangan terleka dengan hati
Kelak rosak sebuah institusi suci
Yang digelar barat sebagai famili
Dek lidahmu nan lancang tak terperi

Sunday, 9 December 2012

Suri Rumah vs Pengasuh

Assalamualaikum sahabat hamba...

   Alhamdulillah..dapat juga peluang hamba memperbaharui entri lama dek kesibukan kerjaya di rumah sebagai suri rumah tangga dan pengasuh..huhu..walau penat tapi gembira yang teramat sangat kerana masa inilah dapat hamba kosongkan fikiran daripada pelajaran dan buku-buku segalanya..dan penat yang sedikit ini berbaloi bila bersama keluarga..terutamanya apabila melayan karenah dua beradik yang sudah setahun tidak hamba ketemu...bahkan masa bagaikan cepat saja berlalu..

Penat seharian bermain
p/s : Harap cuti lagi panjang..huhuk


Friday, 7 December 2012

Renungan Sebelum Melayar Mimpi

Assalamualaikum...


p/s : Jangan lupa baca doa tidur dan selawat sebelum mula merenung..hehe

Saturday, 1 December 2012

Menurut Imam Shafei

Assalamualaikum sahabat...

   Kali ini mahu hamba kongsikan bersama sahabat mengenai perkara diperkatakan oleh Imam Shafie yang terkadangnya kita hanya mengambil remeh sahaja....

*Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

*Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

... *Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

*Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat...

*Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

*CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

p/s : Selamat beramal!! (^_-)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail