Monday, 18 June 2012

Pendorong Kala Mula

Alunan seruan solat
Mengembalikan roh ke jasad
Canggung dudukku masih ralat
Mimpiku tadi lama bagai berabad

Ibarat sedang berlawan
Sisa airan mata kugosok perlahan
Memulangkan kantuk yang tertahan
Jenuh disisih hasutan syaitan

Inilah hari pertama
Cubaku untuk sempurna
Mahuku hijrah dari kisah lama 
Biar tampak indah nan purnama

Tuah ayam nampak di kaki
Tuah sendiri kuserah pada Illahi
Doaku panjat setingginya pada Ya Rabbi
Agar segenapnya senantiasa diberkati

Gembiranya badan tak bertualang
Senyuman tidak berganjak pulang
Harapkan kegagalan tidak menghalang
Rupanya emas kudapat penuh di dulang 

Alhamdulillah..
Aku lulus dengan cemerlang!!

Sujudku syukur pemberian Yang Esa
Memberiku nikmat bahagia senantiasa
Kesempatan gembira walau sementara
Moga usahaku terus membara!!

p/s : Permulaan kuliah yang menyeronokkan (^_^)


16 comments:

PeRmAtA bIrU said...

Alhamdulillah... tahniah yer..:)

3no gr33ny said...

PeRmAtA bIrU : terima kasih tuan puteri =)

Remy hazza said...

tahniah.....
moga kecemerlangan terus bersinar.....

Muhammad Izuan said...

syabas...

♥ sitifarhana ♥ said...

thniah ye awak...:)

wahh, puitis sgt kamu...

QueeN TerataI said...

tahniah krana berjaya dengan cemerlang...

Kancil 8349 said...

tahniah...segala usaha telah membuahkan hasil

3no gr33ny said...

Remy hazza : alhamdulillah...terima kasih =)

3no gr33ny said...

Muhammad Izuan : terimas =)

3no gr33ny said...

♥ sitifarhana ♥ :terima kasih..inilah antara muatan hamba di halaman ni..hehe

3no gr33ny said...

QueeN TerataI : terima kasih sahabat...senantiasa datang memberi galakan

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : alhmadulillah..tidak sia2 masa yang berlalu..terima kasih pada sahabat yang tidak jemu berkunjung memberi kata semangat =)

Gen2Merah said...

alhamdulillah, kegembiraan itu nikmat yang patut dikongsikan sesama kita.. tahniah yee..

p/s: malam2 saya memang tak minum kaffein atau apa2 minuman yang merangsangkan.. cuma saya ni ada satu kelemahan.. kalau banyak sgt dipikirkan, konfom susa nak lelapkan mata.. huhhu

3no gr33ny said...

Gen2Merah : alhamdulillah..terima kasih =)


mungkin ada baik juga masa nak tidur..tuan hamba patut tenangkan fikiran dengan ayat2 suci...insyaAllah segalanya dipermudahkan =)

Kancil 8349 said...

sebagai sahabat tulah kerjanya,...terima kasih

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : =)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail