Sunday, 9 March 2014

Tempoh Praktikum

Assalamualaikum sahabat yang ditinggal lama...

   Berjuta maaf dek masa amat singkat bagi hamba yang berada di tahun akhir pembelajaran ni..tidak sempat menjenguk sahabat di laman masing-masing, apatah lagi mahu memperbaharui entri seperti kebiasaannya...

   Tempoh praktikum tiga bulan, yakni yang terahkir ini banyak mengajar hamba untuk mendalami bidang keguruan secara keseluruhannya...sama ada dari segi pelaksanaan pengajaran, kokurikulum, dan perkara di luar bidang seperti melatih murid bersyair dan sajak, nasyid, serta bola baling  bagi mewakili sekolah....

   Malah seperti siswa siswi IPT tahun akhir yang lain juga, hamba perlu menyiapkan proposal bagi kajian tindakan yang akan dilaksanakan pada semester hadapan...dan kemungkinan mini pembentangan proposal akan dilaksanakan seusainya hamba berpraktikum kelak...

   Maka perlulah hamba bertindak bijak menguruskan masa belajar sambil bekerja sementara tempoh praktikum ini...Syukur kerana warga sekolah menerima dan menganggap saya dan rakan sebagai keluarga baharu..banyak tunjuk ajar yang diberikan =)

   
Sekolahku Syurgaku..hihi
Slot tazkirah Jumaat
antara program sekolah
p/s : Hamba tetap gembira menikmati tempoh praktikum ini walaupun sibuk kerana bidang ni sememangnya minat hamba dari kecil lagi..doakan hamba berjaya yer semua..! (^_^)

***Tidak lupa juga doa buat mereka yang terlibat dengan tragedi MH 370...semoga semuanya selamat sahaja

7 comments:

MystoryPic said...

tempoh menjadi student memang menuntut masa yang sangat ketat...

Keri Ikhwan said...

dah habis ke praktikum?
time praktikal la belajar bnyak2. masuk skolah betul2 nanti takdelah terkial2 sangat

3no gr33ny said...

MystoryPic : sangat..sahabat pun faham kan =)

3no gr33ny said...

Keri Ikhwan : belum lagi sahabat..masih berbaki sebulan

alif ismail said...

salam ziarah kawan lama..

bestnye dah selamat menjalani praktikal.. bulan 6 ni giliran hamba pula practicle di pejabat kesihatan daerah...huhuhu...

seronok tak pengalaman tuan hamba?

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

Ольга Петрова said...

Голые: проститутки Киев реальные фото xxx
Сексуальная, энергичная, знающая толк в любовных утехах! Мужчины, совесть есть? Некому на член присесть! Тем, кто хочет учиться, часто вредит авторитет тех, кто учит.

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail