Tuesday, 13 September 2011

"tidak perlu hebah lagi"

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
gambar hiasan
bila hamba fikirkan balik..tersangatlah betulnya apa yang Rasulullah sarankan buat kita umatnya..terutamanya umat akhir zaman semacam kini..buktinya selalu kita dengar orang  bertunang awal tahun..tapi bila masa berganjak ke akhir tahun..berita terputusnya ikatan tunang terkhabar di telinga..
bagi mereka..mungkin bertunang tu sebagai lesen untuk bersenang lenang berpegangan tangan dan dot dot dot..mereka tak fikir pula kos yang dikeluarkan sekali bertunang tu..kos wang ringgit tu memang la wajib dan dapat dilihat..kos malu dan jatuhkan maruah keluarga jika terputus ikatan tu pula macam mana??? huhuk..
hamba tiba-tiba terdetik mahu memerihalkan topik bertunang malam begini hanyalah sebab kebelakangan ni hamba lihat ramai pula yang menghebahkan majlis pertunangan mereka dengan majlis yang sungguh sepetala langit meriah dek hiasan dan segala..dan ingat dan berjaga-jagalah kerana biasanya..yang hebah itu tidak kekal lama..
pada hamba..majlis bertunang biarlah ala kadar sahaja..tidak perlu rasa hamba pelamin dan sebagainya..nanti kalau putus kita juga yang malunya..maka......
RENUNG HABISAN
SEBELUM ADA KEPUTUSAN!

google gravity

hamba kagum dengan ciptaan tuan empunye idea google gravity sebab dapat aplikasikan graviti dalam laman sesawang..belum pernah hamba terfikir akan adanya seperti itu..pada yang belum tengok boleh ler mencuba..memang terbaiiikkkk!!!

Sunday, 11 September 2011

TERISTIMEWA

sungguh hamba sudah jatuh cinta
cinta yang tak mengenal usia
cinta dasarnya ditakdirkan buta
hamba rela dikeji dihina


ehehee....
janganlah sekalian berprasangka
cinta hamba ini pada pelajar hamba
cinta seorang guru pada pelajarnya
pelajar hamba yang ISTIMEWA

tampak biasa
tapi dia digolongan pelajar kurang upaya
sudahlah keluarga tidak berdaya
terpaksa menanggung pelbagai derita

lebih istimewa dihati hamba
pelajar ini sungguh berusaha
untuk mencapai kejayaan yang nyata
namun halangan sentiasa ada
dan dia tidak pernah meminta

Sunday, 4 September 2011

selamat di Perak

best kan suasana macam ni
selamat juga hamba menjejakkan kaki di bumi hijau Perak...
doakan hamba berjaya melunaskan segala kewajipan di sini...
agar segala perih menjadi tersangatlah lenang senangnya...
tidak tersangkut dek semua ujian yang bakal melanda...


Saturday, 3 September 2011

Ku Syukuri Beban Itu Kini



kini diri ini kembali melayari
dunia yang kian mengusik hati
naluri yang bermain sendiri
melukai kenangan nan abadi

diri ini masih kuat lagi
menahan diri terus berdiri
membiarkan segalanya pergi
hingga nanti ada bersilih ganti

bebanan di bahu kanan mahu kiri
anggap saja anugerah untuk melupai
diri ini hanya tahu mensyukuri
nikmat anugerah dari Illahi

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail