Friday, 4 November 2011

JUMAAT yang tidak berkata-kata


 

~ Hamba berdoa moga dijauhi segala kecelakaan dalam perjalanan yang jauh malam ini ~

Hamba terkena!!

Perjalanan pulang ke kampung hamba belum pon tamat dan singgahlah hamba beristirehat di rumah Kakanda Sulong hamba dan inilah baru hamba berpeluang menjengah teratak halaman hamba...
Setelah itu hamba lawatilah halaman sahabat hamba yang meninggalkan jejak dan tiba-tiba...
Aduss!! Hamba terkenalah menjawab soalan daripada Cik Dylla Abbas...Jadi inilah jawapan yang mampu hamba gariskan sebelum katupnya mata..huhu.....


Soalan 1
Kamu sedang lapar, tapi duit ada rm1 je...kamu?

Hamba beli yang termampu dan boleh menampung ketidaklaparan pada perut..hamba belilah kopok 50sen dengan buah 50sen...baik untuk penghadaman perut lagi tuh!


Soalan 2
Kamu tengah memandu kereta/menunggang motor di kawasan perkuburan di tengah malam, tiba-tiba kenderaan kamu terasa berat...kamu??

Maka cuaklah hamba dek rasa berat itu...walaupun hamba tak pernah pandu kereta waima motor dekat kawasan tuh..huhu.....



Soalan 3
Kamu masuk bank yg ada 2 kaunter. Kaunter 1, seorang gadis/jejaka awal 20-an. Kaunter 2, seorang wanita/lelaki awal 40-an...kamu??

Sebelumnya hamba melangkah ke kaunter..terlebih dahululah hamba mengambil giliran dan berdoa supaya hamba akan dapat kaunter yang mana memberi layanan dan perkhidmatan yang bagus...tidak kiralah lelaki itu giginya tinggal lagi dua pon..huhuk..


Soalan 4
Kamu dikehendaki untuk menjadi saksi bagi sesuatu kes, tapi kamu tidak mempunyai sebarang bukti....kamu??

Berkatalah hamba..."Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa mengetahui segala pekerjaan kita.." (terasa diri agak poyo pulak dengan jawapan ni..heee)


Soalan 5
Kamu tengah nyenyak tidur, tiba-tiba bunyi panggilan telefon pula mengganggu...kamu??

Hamba akan tengok dulu pemanggil...andai keluarga atau sahabat..insyaAllah hamba jawab panggilan..cuma ikhlas tak ikhlas jela..hihi...andai bukan muhrim pulak..hamba akan cuba cari punat senyap..takut juga andai mengganggu tidur orang lain sebab hamba tidak akan jawab..agak kejam la jugak hamba ni kan?


Soalan 6
Kamu sedang menukul penyangkut baju di belakang pintu dalam bilik, tiba-tiba ada orang menolak pintu itu dari luar...kamu??

Jawapan pertama yang terlintas dalam benak hamba...hamba akan cakap... " Nak kena ketuk dengan tukul ni ke tak reti bagi salam?" ..................memang btol la lidah ni senjata paling tajam dalam dunia..huuuu....


Soalan 7
Kuasa yg kamu idam-idamkan ada pada diri kamu...kenapa??

Tiada yang lain..hamba cuma mahu putarkan masa je..hamba nak hargai setiap detik bersama arwah mak hamba..hilangnya tiadalah ganti lagi =(


Soalan 8
Kamu tengah sibuk berBLOGging, tiba-tiba bos lalu di belakang dan nampak perbuatan kamu...kamu??

Tiba-tiba pulak datang mood nak ajak bos hamba sertai geng blogger..hehe..Hamba akan ungkaplah kelebihan..keseronokan dan kegilaan berhalaman ni..memang terbaeekkk la!


Soalan 9
Siapa yg kamu impikan untuk menjadi teman wanita/lelaki kamu...kenapa??

Hamba tidak pernah mengimpikan seorang teman lelaki sebenarnya..tapi hamba selalu ulang hal ni..pada sesiapa pon..yang hamba mahukan suami yang memiliki perwatakan seperti Kakanda Chik hamba...bertanggungjawab dan beriman!!!



Soalan 10
Kamu dapat sebuah kereta yg menjadi idaman kamu selama ini...kamu??

Kekadang nak berlagak..boleh tak?? hehe...dengan keluarga selalu juga main-main berlagak ni..kuang3..kantoiii sudah!


Soalan 11
Sikap kamu yg paling kamu tak suka dan bagaimana kamu nak perbaikinya...??

Hamba tersangatlah tidak menyukai perangai hamba yang satu ni...ego...dan sejujurnya hamba tidak tahu caranya untuk mengikis benda ni dalam diri hamba..sejak kecik lagi..hurmm....


Maka inilah pula soalan hamba kepada...En.Nasz, En.Alif, En.Keri, Puteri Permata Biru & Dylla Abas..hehe..pemilihan ni berdasarkan keterlintasan di fikiran dan bukanlah mahu mengenakan balik yer.. (^_^)


1. Tuan hamba terdengar orang mengumpatkan diri tuan hamba...tindakan tuan hamba??
2. Sejujurnya..tuan hamba pernah mengumpat tak?? Jikalah pernah..apa yang diumpatkan??
3. Semulusnya..tuan hamba ego tak?? Ce-terang seterangnye...
4. Berapa kali tuan hamba pernah bercinta dan putus cinta?? Sebab putus??
5. Tuan hamba pilih kahwin dengan pilihan sendiri atau keluarga..?? Kenapa ek??
6. Tuan hamba berubah perwatakan ke tak zaman sekolah dengan sekarang ni?? Kongsila sebabnya...
7. Andai keluar jenjalan..tuan hamba pilih keluarga ke kawan ke sorang je?? Mengape??
8. Jangan tipu tau..tuan hamba semestinya pernah gaduh dengan keluarga..agaknye la..kenapa yer??
9. Sekiranya tuan hamba tersedar tuan hamba berjalan masa tidur dan ramai pulak penontonnye..apa tuan hamba nak buat mase tu??
10. Setulusnya...kenapa tuan hamba sudi bersahabat dengan hamba??
11. Halaman hamba perlu penambahbaikan tak?? Apa tu...??
~Selamat Menjawab~

Thursday, 3 November 2011

Dia Tidak Pernah Tahu




Beritahu dia pada diri aku
mengapa biarkan dia...
mengapa abaikan dia...
mengapa lukakan dia...


Tapi dia tidak pernah tahu
aku juga rasa terbiar...
aku juga rasa terabai...
aku juga sakit menyakitinya...
aku juga luka melukainya...

Bagaimana bisa aku khabarkan
agar bisa dia fahami
erti sebuah ikatan
tanpa kejujuran
mengikis segenap kepercayaan
walau hati turut derita
masih berpegang pada setia
hanya untuknya



Wednesday, 2 November 2011

“SEGMEN BLOGLIST KERI : Sebarkan Walau 1 Ayat”



Nak berkongsi jugak? Klik banner ea...

"Sesiapa yang layak untuk air mata kamu yang mengalir 
tidak akan pernah membiarkan kamu menangis"

   Sudah semestinya tuan hamba sekalian tertanya-tanya kenapa kata-kata di atas menjadi pilihan hamba..Pada fikiran hamba..kata-kata ini bukanlah terlalu terarah kepada pasangan kekasih duniawi..Malah sebagai tanda cinta sejati Yang Maha Pengasih dan Penyayang...yang telah mencipta kita...btol tak Cikgu Kancil & Cikgu Gen2Merah??

Persepsi KEKASIH :

Sedang aku merenung malangnya nasib diri
Dikau datang menceriakan hati
Tika aku bermuram durja
Dirimu datang menggamit suasana
Sedang aku mula bergenang air mata
Engkau datang mengikis air mata
Kekasihku itu tidak akan pernah biarkan aku sendiri
Dia sentiasa menemani aku
Sepanjang mekarnya cinta berbunga


Persepsi YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

Sedang aku merenung malangnya nasib diri
DIA memberi nikmat tanpa aku sedari
Tika aku bermuram durja
Pada DIA aku mencurahkan rasa
Sedang aku mula bergenang air mata
Aku tahu ini ujian iman dariNYA
Kerana aku tahu dia tidak mahu aku melupakan DIA
KEKASIHKU YANG SATU tidak akan pernah biarkan aku sendiri
DIA sentiasa menemani aku
Sepanjang perjalanan riwayat hidupku


p/s : nampak tak beza cinta antara keduanya??

Tuesday, 1 November 2011

"SEGMEN NASZ : BLOGLIST NOVEMBER 2011"

Jomlah daftar msuk bloglist..klik pada banner k

Untuk mendaftar masuk ke bloglist empunya segmen..hamba perlu memberi sepatah dua kata sebab dan akibat hamba nak sangat masuk bloglist ni..huhu..Jenuh jugaklah hamba memerah fikiran..then dapat jugak jawapan..Dan jawapan yang terlintas di benak hamba ialah...

1) Memudahkan tuan hamba ke halaman hamba..hehe...
2) Hamba juga akan masukkan tuan hamba ke dalam bloglist hamba
3) Kitakan bersahabat.. (jawapan paling entah hape ler)

p/s : maaflah..hamba menukilkan entri ni disaat mata sudah mahu terkatup kala petang hari...study3...!!


 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail