Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1) Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3) Zakat dijadikan hutang.
4) Suami memperturutkan kehendak isteri.
5) Anak derhaka terhadap ibunya ---> sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
6) Suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
7) Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
8) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
9) Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
10) Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
11) Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
12)Para artis-artis disanjung-sanjung.
13) Muzik banyak dimainkan.
14) Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
Hadis Riwayat Termizi...
p/s : Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Kalau diperhatikan memang dah banyak perkara2 kat atas tu yg dilakukan sekarang ni...
number 12 dan 13 sedang berlaku..astagfirullah..
Dah banyak dah tanda-tanda itu berlaku... muhasabahlah kita.. =(
keri ikhwan : maka btol la kata tuan hamba dan inilah yang menakutkan hamba
Fahz : sebegitulah yang kita lihat sekarang...para ulama diketepikan saja berbanding golongan itu
Faaein Talip Roy : btol tu..muhasabah dan perbaikilah diri kita sebelum terlambat
dalam senarai tu.... antaranya byk yg dah berlaku......
mintak2 kita semua dijauhkan dari bala dan azab dari yg maha kuasa....amin
remyhazza : amin..dan inilah perkara yang patut digusari kita
semuanya sedang berlaku...moga mereka diberikan hidayah...
Kancil 8349 : semoga kita juga hendaknya...moga iman kita kuat menghadapi segalanya
Post a Comment