Tuesday, 10 April 2012

Duhai Hatiku

Duhai hati

 Halusnya sifatmu kini
Membuatkan air mataku laju menuruni
Melalui deras dari alis ke pipi

Pantang terlihat nan susah
Pantang terdengarkan yang kesah
Pasti hati jua akan resah

Mana kekuatanmu dulu
 Sungguh lemah ku melihatmu
Tegarnya berubah sebegitu

Mahu kupandangmu seperti silam
Pedih sakit disimpan dalam
Hanya dihambur kala malam

Pintaku padamu hatiku
Kembalilah kamu yang dulu
Jangan pergi kerana waktu
Apatah dek liku dahulu

18 comments:

Faaein Talip Roy said...

itu menunjukkan tuan hamba masih punya jiwa..

menangislah jika itu lebih baik buat mu..

Kancil 8349 said...

jangan sedih sangat...ia akan kembali kepada kamu namun belum tiba masanya...teruskan ke hadapan jangan ingat yang lama...

p/s : Gen2Merah tu ada lagi...cuma dia sibuk dengan kerjanya...

Korn Ahmad said...

sabar je lah.. mengkin ujian Tuhan hkpd seorg hamba.. kan

3no gr33ny said...

Faaein Talip Roy : terkadang rimas juga dengan perasaan sendiri..

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : hamba masih cuba dan cuba menjadikan hati ini lebih kuat

*semoga urusan sahabat Gen2Merah dipermudahkan =)

3no gr33ny said...

KorN : insyaAllah.. terima kasih yer sahabat =)

Keri said...

cer try pegi bersukan ke.. beriadah ke... berkelah.. bg relax dulu dan tenangkan fikiran

3no gr33ny said...

keri ikhwan : maka tidaklah sempat hamba melapangkan masa yang ada dek sibuk dengan tugasan dan segala yang masih bertimbun banyaknya..huhuk

p/s : terima kasih atas fikiran tuan hamba,,insyaAllah andai ada kelapangan masa itu hamba isikan

Kancil 8349 said...

jangan difikirkan apa yang berlaku...memang payah untuk melupakan..namun percaya ia akan tenggelam dengan kesibukan kerja kita..Kancil sudah melaluinya...ia telah hilang tanpa memikirkannya..

p/s : semalam sudah jumpa Gen2Merah...katanya sibuk dengan program baru..

Unknown said...

cuba tengok benda hijau,mcm blog ni ker..hehe,kerja warna hijau kesukaan nabi,ia dapt tenangkn jiwa yg kusut..

Kancil 8349 said...

betul tu kenyataan rakan kita di atas nie...

Kancil 8349 said...

selamat bercuti...moga tenang sentiasa

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : terima kasih sahabat dek tidak jemu memberi nasihat dan kata semangat..

sampaikan salam pada sahabat Gen2Merah yer =)

3no gr33ny said...

محمد شهريل القنيطري : hijau memang mendamaikan =) ..terima kasih atas cadangan dan prihatin sahabat =)

Kancil 8349 said...

insya Allah...dengar cerita dia sedang buat blog baru untuk sekolah beliau..tu yang menyepi

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : Lebih sibuk la nanti sahabat Gen2Merah dek perlu mengendalikan dua halaman..huhu

Dylla Abas said...

bila sesuatu perkara berlaku dan bersangkutan dengan hati,memang meninggalkan kesan yg mendalam..terutamanya bagi mereka yg punya hati yg cukup halus...

3no gr33ny said...

Dylla Abas : entah..kesannya kejap mengjilang kejap hadir yanpa diundang

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail