Friday, 22 June 2012

Mencari Solehah

Assalamualaikum sahabat hamba...

  Permulaan semester kali ni yang penuh keberkatan daripada-Nya ditambah seri lagi dengan Sambutan Bulan Penghayatan Islam di tempat pengajian hamba buat kedua kalinya..Maka hamba telah menghadiri ceramah mengenai "Mencari Solehah" pada sebelah malam yang memperihalkan tentang bagaimana untuk menjadi muslimah yang solehah...

   Mukaddimah yang dibicarakan penceramah ialah mengenai kecantikan seseorang individu yang bukan terletak pada rupa tetapi hati..Arakian itu janganlah memandang seseorang dari luaran sahaja...apatah lagi cuba menghakimi sifat seseorang melalui fizikalnya...

   Perkara yang diutamakan pula ialah hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta yang perlu dijaga lebih dari seorang kekasih..Maka tidak terkecuali mengenai solat dan aurat..Perlulah bagi seorang muslimah untuk mengetahui tentang batas perhubungannya dengan insan yang digelar lelaki dek rangsangan lelaki bermula dari matanya...

   Sesungguhnya terlalu banyak yang mahu dikongsi..tapi biarlah kita perbaiki sedikit demi sedikit dari hari ke hari kerana kita tidak mengenali diri sendiri..tapi Allah Maha Mengetahui setiap inci peribadi..

Perbaiki dan hiasilah hati...!



20 comments:

Ce'gu JAERA said...

tu lah pentingya kita jangan terlalu memandang luaran.. kerana hati yang baik itulah yang patut kita hormati..

sentiasa bermuhasabah diri demi masa depan yang ceria

Unknown said...

hati yg suci dan bersih terpancar di wajah.....
cantik dirupa tak semesti didalam....

3no gr33ny said...

Gen2Merah : muhasabah diri sangat penting demi masa depan sendiri..dunia dan akhirat =)

3no gr33ny said...

Remy hazza : maka setujulah hamba dengan sahabar Remy =)

Dylla Abas said...

entri ni sebagai peringatan buat diri saya...terima kasih ye :)

3no gr33ny said...

Dylla Abas : peringatan untuk kita bersama =)

L said...

hehe.. geng2 cegu upenye kiter nih..

3no gr33ny said...

L : jumpa gang =)

Kancil 8349 said...

semoga Allah pertemukan yang baik2

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : =)

Unknown said...

ya hati adalah ibu segala-galanya dlm diri mnusia...kita lh yg mewarnai hati kita sndiri

merahitujambu said...

lama x singgah blog tuan hamba

Kancil 8349 said...

senyumlah selalu

3no gr33ny said...

محمد شهريل القنيطري : sebelum perbetulkan diri..hati yang perlu dulu disuci

3no gr33ny said...

merahitujambu : hamba faham...kita sama2 sibuk =)

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : insyaAllah..moga bahagia selalu kekal dalam hidup kita manusia =)

Kancil 8349 said...

kancil tag 3no...harap dapat join

http://kancil8349.blogspot.com/2012/06/segmen-dari-jiakreatifelt-header-dulu_27.html

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : andai ada kelapangan =)

Kancil 8349 said...

moga ada masa 3no...

Kancil 8349 said...

terima kasih ikut serta

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail