Thursday 13 December 2012

Renungilah Hati

Amat mudah bagi dirimu
Menyenarai panjangkan tiap satu salah lakuku
Sedangkan tak termuhasabah oleh kamu
Walau satu kelemahan pada dirimu

Betul ibarat pepatah
Kuman di seberang laut nampak
Gajah di depan mata tidak terlihat

Entah bila mahu dikau ingatkan sendiri
Agar perbanyak renungi diri
Jangan terleka dengan hati
Kelak rosak sebuah institusi suci
Yang digelar barat sebagai famili
Dek lidahmu nan lancang tak terperi

7 comments:

vendoline said...

kalau dh kawin kene la pandai jga umahtangga

Unknown said...

cermin diri sebelum mencermin org lain.......
jaga kata...takut ada yg terguris nanti......

3no gr33ny said...

Edy Fee : err...sahabat semacam agak lari topik je =P

3no gr33ny said...

Remy hazza : kata-kata sangat berbisa kiranya tidak dijaga

محمد رازيق said...

perkongsian yang baik. tq :)

3no gr33ny said...

محمد رازيق : saling mengingati kita sesama saudara

Dylla Abas said...

kdg2 bila dh t'lepas kata..ada rasa kesal dalam diri..betul la kata pepatah, t'lajak perahu boleh diundur t'lajak kata buruk padahnya..

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail