Bunga-bunga di hati tak dapat kusembunyi
Liang-liuk girangnya membunyikan melodi
Damainya rasa setenang air Tasik Chini
Kebas seluruh jemari jari
Melayan fikirku membilang hari
Seolah mahuku membawa waktu ini berlari
Masih tiga hari berbaki
Dan aku tidak sabar menanti
Menghilangkan jejak di negeri ini
Debarannya sungguh gemilang
Menunggu saat untuk pulang
Bersama keluarga tersayang...
Rindu ayahanda hamba
Rindu sangat dengan dua beradik ni
Tiga beradik yang becok ni pun sama
p/s : Terasa mahu pulang segera dek kipas bilik tak berfungsi...hamba hidup mewah di sauna percuma kini..huhu







