Wednesday, 13 July 2011

Baju Belang yang ku RINDU

Tikaku ketemu baju belang seperti dia
Dia tekad untuk meninggalkanku
Amatlah perit dan pilu walau itu pintaku
Takku sangka dia begitu
Terus berputus asa dengan egoku...

Bila kurenung baju belang baruku
Baruku sedar hatiku masih di situ
Manakan tidak hingga relaku mencari segenap penjuru
Baju belang seperti itu 
Sama seperti milik dia

Janjiku pada diri
Akanku berikan dia satu peluang lagi
Untuk bina semula keyakinanku ini
Bila dia hubungiku lagi

Jelas hati kami sama
Sepertimana baju belang kami
Dia juga merinduiku 
Saat aku rindukan dia
Dan aku berdoa
Moga dia selalu bersamaku
Membina semula kenangan cinta terindah
Yang pernahku cuba lupakan waktu itu



No comments:

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail