Sungguh ajaib kisah yang diadun
Begitu tertib bicara si penglipur
Hati terusik dek peranan makanan
dalam memaknakan maksud agama
Turut terselit kebanggaan sebagai Melayu-Islam
Penuh getir berdakwah
Jenuh difikir sebelum berkawah
Terkenang pula akan kepelbagaian makanan Melayu kita
Mula terjalin dimana asal usulnya
Kepalang gembiranya andai makanan itu segala di depan mata
Apa lagi jika itu air tangan ibu
Malam Nisfu Sya'aban ini mula dingin
Oleh rasa rindu akan masakan arwah ibu
Serasa mahu menangis
Tapi jiwaku kental seperti Tun Lepat
yang juga sebatang kara
pabila mamaknya dihina dan dibunuh
Bezanya..aku masih punyai mamakku
yang tiada mak yang melahirkan aku
Demi mereka sesungguhnya perjuanganku tidak pernah kaku
Sepeti juga garau istana yang teragung dulu...Tun Lepat
No comments:
Post a Comment