Tuesday 27 September 2011

Segmen Kancil8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform

sesiapa yang mahu bercerita dengan kancil..silalah klik pada banner


     Mahu hamba bercerita tentang perkhemahan hamba tika di bangku sekolah rendah.Bukan hamba tidak mahu bercerita mengenai sekolah menengah. Akan tetapi untuk menyesuaikan dengan perkhemahan yang sedang tuan empunya halaman sedang lalui, mengendalikan murid sekolah rendah, yer dak?

    Cerita yang hamba mahu kongsikan adalah pengalaman hamba sebagai pengerusi badan beruniform tika itu. Memang agak beratlah tugas hamba. Mengetuai untuk mendirikan khemah, membina gajet, mereka persembahan pertandingan malam kebudayaan, dan menyertai pertandingan. Naye dak? huhu..sabar jelah..tapi yang hamba pasti, pengalaman lampau itulah yang mengajar hamba untuk kuat kini. Itu belum termasuk ketua setiap sekolah yang perlu berucap di hadapan dan yang sewaktu dengannya.

     Semestinya tuan hamba sekalian tertanya-tanya, apakah gerangan badan beruniform yang hamba sertai. Sebak pulak hamba mahu khabarkan. Bukanlah sedih, tapi pada hamba, menganggotai Pergerakan Puteri Islam Malaysia dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah amtlah menyadiskan, btui dak? Terlalu banyaklah sebab hamba terpaksa memilih badan beruniform tersebut dan antaranya ialah paling dapat bajet kewangan memandangkan hamba datang bukanlah dari golongan berada.

     Tempat hamba berkhemah pula..........hamba semacam sudah terlupa. Mungkin hamba ini sudah tua agaknya. Tapi hamba tersangatlah yakin yang hamba memang berkhemah di sebuah sekolah rendah di sekitar Machang, Kelantan. Idak ler Seberang Perai nun di sana yer..

     Hamba dulu menuntut ilmu di Sek.Keb. Machang 1..samalah jugak dengan sahabat hamba yang sorang ini, Zulfattah. Kalau mahu korek cerita kawan hamba ni, hamba dengan rela hati aje mahu berceritra. Janganlah marah yer sahabat. Hamba berkhemah tika hamba Darjah 6 dan kalau tidak tersalah hamba yang kian tua ini, pada tahun 2003. Macam gitu ler..

     Pada kisah hamba, pengalaman paling tersayat seronoknye ialah pertandingan memasak. Pertama kali kot hamba belajar memasak sandwich dan bukanlah sandwich biase tapi yang ada diletakkan nama sebagai 'Sandwich Roll'. Bahan-bahannya ialah beberapa keping roti yang dihiris dua dan dilenyekkan, 1-2 biji telur, 5 keping daging burger, salad, mayonis, dan sos. Oppsss..tersalah rancangan pulak hamba ini. Jikalau tuan hamba berminat untuk mengetahui cara pembikinan sandwich tersebut, silalah request di lain rancangan.

     Keduanya yang seronok pada hamba semestinya pertandingan malam kebudayaan, di mana hamba secara automatik tanpa berlatih naik ke pentas dan bersajak ekoran kami diberitahu lewat mengenai kewujudan malam tersebut. Hamba seronok dengan kedua-dua pertandingan terbabit adalah disebabkan oleh hamba mendapat tempat kedua! Mana idak seronoknye..

     Teringin sekali hamba meletakkan gambar kenangan zaman muda mudi tapi apakan daya, sudah terlalu lama dan hamba pula sedang jauh diperantauan. Walau macam mana cara, hamba tetap menyelitkan gambar hamba dan rakan tika zaman muda..jemputlah tengok..huhu..

manalah hamba yer..?

     

9 comments:

Kancil 8349 said...

wah...menariknya cerita kamu....pengalaman yang penuh bermakna...hehehe...apapun Kancil ucapkan terima kasih kerana sudi menyertai segmen Kancil

elnino de moona said...

sekolah rendah dulu pun sy join PPIM jugak... ada perkhemahan khas tuk budak2 PPIM..serba pink gtu.. best~...:)

3no gr33ny said...

kancil : kasih sahabat diterima =)
elnino : hahha..pink..xde dlm list warne yang hamba suke

Rean said...

sedap tak sandwich tu?hehe

Run Away said...

..../salam..kenal...;d

Kayu Manis said...

salam,dr segmen yg sama..saya dah follow kamu..

3no gr33ny said...

im bobo : mestilah sdap sandwich tu..kalau tidak manakan boleh hamba menang =)

run away & cinnamon : salam buat sahabat baru

Unknown said...

datang dari segmen Kancil juga..
Jemput ke sini http://seventh-july95.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-semasa.html

Kancil 8349 said...

Kancil sudah senaraikan pasukan perkhemahan mengikut unit beruniform masing - masing...jomlah singgah ke blog Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/senarai-pasukan-perkhemahan-dengan.html

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail