Singkapan
langsir di jendela
Mengundang
bayu petang
Tika
mentari masih gah menyala
Seperti
tidak mahu pulang
Badan
yang masih bermalasan
Berpulas-pulas
menahan kepanasan
Mahu
saja bangkit dari pembaringan
Tapi
fikiran tetap menahan
Sekejapan
saja pintuku sudah diketuk
Terencat
lamunan nan suntuk
Bilar
habis segala kantuk
Nasibku
tidak terhantuk
Berkerutan
lapisan jelas di dahi
Istighfarku
panjang pada Illahi
Mohon
dilindung segala yang dimungkari
Agar
aku sentiasa diberkati
Panggilan
latihan sudah kedengaran
Persiapan
siaga aku perlahankan
Anggapku
tidaklah perlu berkejaran
Kelak
letih bermain lompatan
Lantas
ingatan lama menerkam
Kenangan
kecil jelas terakam
Berlompatan
hingga awan bertukar hitam
Sudahnya
tidurku lena sebelum tibanya malam
Indahnya
saat cilik dulu
Hanya
berseronok selalu
Tiada
masalah yang menganggu
Sayang
waktu itu telah berlalu...
p/s : Maaf buat sahabat dek kesibukan hamba belakangan ini menambahkan sawang di halaman
18 comments:
Salam ziarah subuh hari...
Ye tuan hamba, hamba cuma ingin tambah nilai pada blog hamba tapi tak tahu bagaimana. Lantas tercetus diminda akan peri pentingnya pemakanan pada kehidupan kita. Kebetulan hamba mengaji di bidang ini, maka hamba terpanggil untuk wujudkan halaman berkisarkan pemakanan namun ia masih terlalu muda dan hamba perlukan lebih masa untuk itu.. Harap tuan hamba dapat menyokong...
aik, cuti2 sekolah pun sibuk ya cikgu.. ini mesti banyak melancong sana sini kan sampai takda masa nak buka lappy...
apa pun nice.. selamat comeback ya cikgu enor.... lama tak dengar puisi dan madah2 indah di sini..
semakin kita meningkat dewasa mmg kita semakin sibuk dgn urusan dunia.. tp perlulah kita timbangkan sama rata dgn urusan utk akhirat kelak...
mu duk kg ko loni? busy jah ni..?
Alif Ismail : baguslah sebab tak banyak blog yang kongsi tentang pemakanan...gunakanlah ilmu sebaik mungkin untuk dikongsi bersama rakan yang lain..hamba akan senantiasa menyokong penulisan para sahabat hamba =)
Gen2Merah : bukan sibuk bercuti..tapi sudah pun pulang ke IPG dek penglibatan diri dalam sukan yang dipaksa relakan..huhu =(
QueeN TerataI : inilah juga pengalaman kita..
Zul Fattah : aku dah balik IPG dah...terpaksa main sukan untk IPG
dah lama ndak singgah ke sini...Kancil pun dah lama menyepi...masing2 ada hala tuju sendiri...ada masa lapang dan ada masa sibuk...
Kancil 8349 : sebaiknya kita tumpukan pada yang lebih penting
cikgu enor.. napa lama menyepi.. rimdu nak baca warkah puisi nan indah di sini....
Gen2Merah : hamba bru selesai pertandingan sukan seminggu
betul tu...semoga segala urusan dipermudahkan
nie ok ke tak hari nie......he3....
kalau lapar, mai mkn kat blog remy......
Kancil 8349 : amin =)
Remy hazza : huhu..lemah nak ke halaman tuan hamba dek menatap foto yang mengghairahkan rasa lapar!
banyak aktiviti nie pasti sihat badan kan
Kancil 8349 : berat sudah turun dek kesibukan yang melanda..aduhaiii
Post a Comment