Saturday, 1 October 2011

Aku & dia

sekilas diri terpandang dia
hampir tersungkur menahan kantuk
menahan saja tawa
membiarkan rasa berlalu pergi
risau juga kalau ada terasa di hati

mulut yang kecil itu menguap lagi
tapi jemarinya masih terus menari
banyak curahan rasa barangkali
kelihatan amat kerutan didahi
adakah masih menahan katupnnya sang mata

ku intai di sebalik tirai rambutnya
yang masih bugar tidak seperti si empunya
namun kerlipan alis mata dia
mendamaikan hati yang bergelora
kutenung lama di situ tanpa malu
terpancar sebuah rindu

tapi sayang
rindu itu bukanlah pada diriku
itu sudahku tahu dari dulu
sebermula hati diragut cinta pertama dia
yang membuahkan kesakitan duka

puas juga mencuba
dan riangnya hanya seketika
nanti dia akan kembali dengan nestapa lama

paling dia padaku
menghalau lamunan diri
kusedekahkan senyuman yang penuh rabbani
menghilangkan degup rasa di hati

ku mencuri pandang dia lagi
mendalami persiratan sebuah analogi
diciptaku sendiri

dia zahirku
batinnya adalah aku

lahirnya aku dan dia dalam satu diri yang sama

Tuesday, 27 September 2011

Segmen Kancil8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform

sesiapa yang mahu bercerita dengan kancil..silalah klik pada banner


     Mahu hamba bercerita tentang perkhemahan hamba tika di bangku sekolah rendah.Bukan hamba tidak mahu bercerita mengenai sekolah menengah. Akan tetapi untuk menyesuaikan dengan perkhemahan yang sedang tuan empunya halaman sedang lalui, mengendalikan murid sekolah rendah, yer dak?

    Cerita yang hamba mahu kongsikan adalah pengalaman hamba sebagai pengerusi badan beruniform tika itu. Memang agak beratlah tugas hamba. Mengetuai untuk mendirikan khemah, membina gajet, mereka persembahan pertandingan malam kebudayaan, dan menyertai pertandingan. Naye dak? huhu..sabar jelah..tapi yang hamba pasti, pengalaman lampau itulah yang mengajar hamba untuk kuat kini. Itu belum termasuk ketua setiap sekolah yang perlu berucap di hadapan dan yang sewaktu dengannya.

     Semestinya tuan hamba sekalian tertanya-tanya, apakah gerangan badan beruniform yang hamba sertai. Sebak pulak hamba mahu khabarkan. Bukanlah sedih, tapi pada hamba, menganggotai Pergerakan Puteri Islam Malaysia dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah amtlah menyadiskan, btui dak? Terlalu banyaklah sebab hamba terpaksa memilih badan beruniform tersebut dan antaranya ialah paling dapat bajet kewangan memandangkan hamba datang bukanlah dari golongan berada.

     Tempat hamba berkhemah pula..........hamba semacam sudah terlupa. Mungkin hamba ini sudah tua agaknya. Tapi hamba tersangatlah yakin yang hamba memang berkhemah di sebuah sekolah rendah di sekitar Machang, Kelantan. Idak ler Seberang Perai nun di sana yer..

     Hamba dulu menuntut ilmu di Sek.Keb. Machang 1..samalah jugak dengan sahabat hamba yang sorang ini, Zulfattah. Kalau mahu korek cerita kawan hamba ni, hamba dengan rela hati aje mahu berceritra. Janganlah marah yer sahabat. Hamba berkhemah tika hamba Darjah 6 dan kalau tidak tersalah hamba yang kian tua ini, pada tahun 2003. Macam gitu ler..

     Pada kisah hamba, pengalaman paling tersayat seronoknye ialah pertandingan memasak. Pertama kali kot hamba belajar memasak sandwich dan bukanlah sandwich biase tapi yang ada diletakkan nama sebagai 'Sandwich Roll'. Bahan-bahannya ialah beberapa keping roti yang dihiris dua dan dilenyekkan, 1-2 biji telur, 5 keping daging burger, salad, mayonis, dan sos. Oppsss..tersalah rancangan pulak hamba ini. Jikalau tuan hamba berminat untuk mengetahui cara pembikinan sandwich tersebut, silalah request di lain rancangan.

     Keduanya yang seronok pada hamba semestinya pertandingan malam kebudayaan, di mana hamba secara automatik tanpa berlatih naik ke pentas dan bersajak ekoran kami diberitahu lewat mengenai kewujudan malam tersebut. Hamba seronok dengan kedua-dua pertandingan terbabit adalah disebabkan oleh hamba mendapat tempat kedua! Mana idak seronoknye..

     Teringin sekali hamba meletakkan gambar kenangan zaman muda mudi tapi apakan daya, sudah terlalu lama dan hamba pula sedang jauh diperantauan. Walau macam mana cara, hamba tetap menyelitkan gambar hamba dan rakan tika zaman muda..jemputlah tengok..huhu..

manalah hamba yer..?

     

Sunday, 25 September 2011

SEGMEN KRITIK DAN PANDANGAN

barangsiapa mahu serta..klik pada banner di atas
Macam mana hamba mahu mulakan kritikan ni yer..?
Emm ok la..setelah beberapa minit hamba memerah otak mengenai blog En.Alif..hamba dengan kata sepakat diri sendiri dengan ini mengisytiharkan bahawa blog hamba Allah tersebut dikategorikan sebagai... KITE SUKA!!!
Bukanlah hamba mahu mengipas-ngipas En.Alif sebab mahukan dodol beliau..tapi sudah ditakdirkan untuk hamba menyukai halaman beliau..bagaimana lagi mahu hamba halang rasa suka ini..?? huhuk..tapikan suka bukanlah bermakna cinta..iyer dak?
Oleh itu..untuk mengukuhkan segala kesukaan hamba pada halaman beliau..di sini hamba nyatakan beberapa sebab musabah hamba melabelkan halaman beliau sebagai KITE SUKA!!!

1) Terdapat doodle yang comel pada halaman En.Alif yang pada pengalaman hamba yang baru ni belum ada pada halaman orang lain
2) Susunan pada halaman beliau tersangatlah kemas (kalah perempuan tau..!
3) Pemilihan warna halaman En.Alif tersangatlah sesuai dengan peringkat umur beliau walau hamba kurang yakin dengan umur En.Alif yang sebenar..huhu

Serasa hamba cukuplah setakat ini kerana tidaklah terlalu manis kiranya memuji terlebih-lebih..apa lagi empunya yang dipuji itu tahu mengenainya..astaghfirullahalazim.....
Hamba akhiri bicara hamba kali ini dengan serangkap pantun khas buat halaman En. Alif

Kisah luka menjadi suam,
Kian gagah dari dahulu;
KITE SUKA halaman tuan,
Selalu singgah tanpa malu.


Saturday, 24 September 2011

"Segmen: Himpunan Nama-Nama"

kalau tuan hamba sekalian berminat..klik pada banner di atas yer =)

pertama-tamanya hamba minta maaf sebab hamba tidaklah suka untuk mempromosikan nama..jadi..kalau tuan hamba mahu tahu makna nama hamba..hamba pernah nukil di halaman ini..tapi buat pengetahuan..nama hamba yang terakhir dan kedua akhir tersebut adalah rapat dan tidak perlulah di jarakkan..haisshh...dah macam cikgu BM lak hamba ni..maaf yer

kalau hamba nak nukil semua nama anak-anak buah hamba..rasanya tidak tertidur malamlah hamba dibuatnya..jadi hamba hanya boleh kongsikan nama-nama itu saja tanpa maknanya..tapi hamba yakin dan pasti kakak-kakak dan abang-abang hamba memilih nama berdasarkan maksud yang ada pada nama..bukanlah untuk 'glamour' semata..jadi inilah nama mengikut turutan umur anak-anak hamba..hihhi..

1)Muhammad Iqmal Danial 
2)Nur Fatin Syazwani
3)Nur Dini Alia
4)Muhammad Amirul Aizat
5)Nur Dini Adlina
6)Nur Husna Izzati
7)Nur Ayuni Maisarah
8)Mohd Idlan
9)Muhammad Asif Izuddin
10)Nur Auni Amanina
11)Nur Amni Najihah
12)Muhammad Hanif
13)Ahmad Ariff Ashraff
14)Nur Hasya Amina (hamba kurang yakin ejaan)
15)Nur Afika Damia

ramaikan anak buah hamba..sabar jelah kalau tiba musim cuti..tapi yang hamba pasti..nama sangat menggambarkan sifat seseorang..bukti..anak-anak hamba yang 15 tu la.....
penat sudah jari dan otak hamba bertugas..jenuh jugak hamba mahu perah mengingati nama di atas tu..hamba minta izin beristirehat dulu yer..salam ukhuwah buat semua =)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail