Thursday, 25 August 2011

MAK Yang Dirindu

Rindunya pada mak...
Dah lama rasanya tak menatap wajah
Apa lagi menumpang teduh kasih
Semacam berkurun tidak mendengar bibir itu meletari diri

Tiba sudah bila mak merincih bawang di dapur
Aku mula mencuri bau
Tidak sabar melahap lauk itu
Pasti perut ini puas dan sendawa pasti berlagu

Mahu saja saat ini pulang menemui mak
Ingin sekali menghadap melepaskan rasa
Akan nanti berikan mak hadiah teristimewa
Surah Yassin yang akan dibaca

Biarlah hanya memandang pusara
Itu cukup memadai bila lama tak berjumpa
Jangan sampai bertitisan air mata
Kerana gembira juga mahu berpesta ria

tenungan rindu
 sirami kasih


4 comments:

Zul fattah said...

erm.. sedih ...
sabar ino...
aku ada lagi la..
Al- fatihah.. semoga roh beliau dicucuri Allah..

3no gr33ny said...

amin...
mm p ad mg bkn leh msk sdap po mak ak =P ..
p tq...

Nilam suhana said...

hurm.. sedihnya... sabar sedekahkan mak awak dengan bacaan surah2 suci dan alfatihah... doa seorang anak yang solehah itu merupakan bekalan dia disana.. moga rohnya dicucuri rahmat.. amin~~

3no gr33ny said...

amin..
salam raya merdeka..huhuuu

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail