Tuesday, 22 May 2012

Hubungan Sesama Manusia

Assalamualaikum..

   Alhamdulillah sempat hamba mengintai dari tabir halaman walau sibuk dengan minggu belajar..apa lagi dengan persediaan untuk pertandingan sukan antara IPG nanti..Jumaat pula pra-test motor..huu (~.~) hamba hanya mampu harapkan Yang Esa untuk membekalkan hamba kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala..

  Tapi dalam masa yang sama..tidaklah patut kita melupakan hubungan sesama manusia yang perlu dijaga..mana mungkin kita tahu kebaikan atau kekhilafan kita ini bakal memperoleh balasan dunia atau akhirat atau kedua-duanya...Jadi tidaklah salah jika kita berhati-hati dalam menutur sebaris kata kerana itu mungkin akan menjadi bisa..tingkah kita juga jangan lupa untuk dijaga agar tiada yang akan terasa...
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesan yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhakakan kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."
(Al-Israa' 17:7)

   Coretan ini khas ditujukan buat diri hamba sendiri yang masih dalam proses memperbaiki kekhilafan diri..semoga sama-sama kita beramal dengan segala ilmu yang diperolehi..!


p/s : kakak kedai makan bagi buah Kuini..rezeki hamba hari ni (^_^)


p/s : Doakan keberjayaan hamba menjawab kertas Anatomi & Fisiologi esok hari yee..!!

10 comments:

Gen2Merah said...

coretan ini juga saya tujukan kepada diri saya sendiri yang seringkali tercari2 makna jalan cerita kehidupan..

thanx for sharing..

QueeN TerataI said...

coretan yg mempunyai makna yg sgt besar... jika diperincikan byk kita dpt pelajari.. :)

محمد شهريل القنيطري said...

marilh kita muhasabh diri...Allahuma yusahil...moga lulus exam

3no gr33ny said...

Gen2Merah : sama2 kita berkongsi ilmu untuk kebaikan dunia akhirat =)

3no gr33ny said...

QueeN TerataI : nampak remeh tapi besar nilainya..

3no gr33ny said...

محمد شهريل القنيطري : insyaAllah..amin =)

Kancil 8349 said...

perkongsian yang baik...semoga nilai persahabatan kekal di dalam diri kita

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : insyaAllah moga persahabatan ni ke arah kebaikan =)

Dylla Abas said...

muhasabah diri saya juga (",)

p/s : good luck!!

keri ikhwan said...

buat baik dibalas baik... buat jahat nanti adalah waktunya kena balik kat diri sendiri :)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail