Saturday, 26 May 2012

Kelemahan Iman Sendiri

Assalamualaikum...

   Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan-Nya..hamba berjaya mengharungi kesemua kertas peperiksaan dengan sabar dan berjaya dalam pra-test motor siang tadi...lapang rasa di dada dek sedikit beban hanya tinggal sisa berbaki...

   Tapi hati tetap rasa terkilan dari peristiwa siang tadi..betapa lemahnya iman hamba yang hanya mampu membenci di hati tanpa menzahirkannya dek kata dan tingkah nan terkunci rapi...astaghfirullahalazim....sedih dengan diri sendiri melebihi dari apa yang terpandang dek mata ini..

   Maka tersebutlah al-kisah hamba ke tempat pra-test motor siang tadi menaiki van yang tidak jemu membawa hamba dan sahabat lain ke tempat pengambilan lesen dan menghantar kami pulang semula ke destinasi asal seperti selalunya...sesampainya kami ke satu destinasi...arakian naiklah seorang insan yang berpakaian cantik sekali..siap dengan segala perhiasan diri..terdetiklah pujian hamba di dalam hati

   Setelah itu..insan ini meminta pemandu mengambil rakannya di satu kedai makan...maka rakannya terus menaiki van setibanya kami di situ..melihatkan warna rambut dan cara berpakaian kedua-dua sahabat ini..hamba fikir mungkin ini keturunan baba nyonya dek bahasa mereka tidaklah pelat untuk berbahasa Melayu...sebelum menutup pintu van..rakannya insan tadi mengurut dada dek keletihan dan mengujarkan, "Astaghfirullahalazim..." dan menutup pintu dengan ungkapan " Bismillahirrahmanirrahim.."

   Terkedulah hamba dengan tidak terkutik dan tidak terkata apa-apa...insan nan seorang lagi dibelakang pula menguap..seraya menuturkan "Allahuakbar.." ...Maka bertambah nanarlah fikiran hamba lalu berpaling pada sahabat hamba di sebelah..rupanya sahabat hamba juga seperti bingung memikirkan sesuatu dan kami berpandangan sekejap membiarkan hati masing-masing menyimpulkan setiap sesuatu...

   Dan hingga ke saat ini hamba agak tidak tenang mencernakan fikiran hamba yang masih kurang ilmu dunia ini..banyak persoalan yang bermaharajalela sewenangnya bersarang di kepala...harap sahabat sekalian mampu membantu hamba sekurang-kurangnya...

--> Tidakkah mereka tahu hukum agama?
--> Tidak takutkan mereka pada Allah yang Esa?
--> Salah siapa dalam membina jati diri mereka?
--> Bagaimana mahu menyedarkan insan seperti mereka?
--> Didikan agama kurang atau mereka masih kurang kesedaran..?

   Terlalu banyak perkara yang mahu hamba persoalkan..tapi biarlah setengahnya hamba simpan sahaja dalam ingatan agar tidak keterlaluan...bukanlah hamba mahu menghina mereka atau membenci golongan seperti ini..tapi timbul  rasa kasihan dengan insan-insan sebegini..mungkin mereka ada sebab sendiri kerana dari percakapan mereka tadi seperti golongan yang baik-baik..hanya pakaian dan penampilan sahaja yang membezakan kami...
Wallahu'alam.....

p/s : Maaf..coretan kali ini panjang dek rasa hati yang terbungkam

10 comments:

keri ikhwan said...

pakaian.. sudah tak dapat membezakan antara muslim dan bukan muslim -_-

Remy hazza said...

moga mereka diberikan petunjuk......amin.....

Dylla Abas said...

kadang2 terasa nak tegur orang yg macam tu...tapi,diri sendiri masih dalam proses nak dibaikpulihkan :)

moga2 mereka diberi petunjuk dan kesedaran untuk berubah

Selendang Merah said...

sama2 kita berdoa seuatu hari nnt depa akan sedar dan dpt pertunjuk...insyaAllah

3no gr33ny said...

keri ikhwan : itula..huhuk..kesian dgn yang mcm ni

3no gr33ny said...

Remy hazza : amin....

3no gr33ny said...

Dylla Abas : itulah..nak tegur pon tak terdaya dek ilmu agama yang xseberapa di dada...hanya mampu berdoa semoga mereka ini mendapat hidayah-Nya

3no gr33ny said...

Selendang Merah : insyaAllah..amin....

محمد شهريل القنيطري said...

ermmm nabi mengajar kita mengubah maksiat dgn 3cara,tangan yakni kuasa,lisan yakni mulut dgn menegur dan hati mengubah untuk diri sndiri..gunalah cara ini jika kita x mampu tangan dan mulut ckoplah sekadar hati..

3no gr33ny said...

محمد شهريل القنيطري : hanya inilah yang termampu hamba lakukan

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail