Tuesday 14 February 2012

Rinci Lipatan Islam

Assalamualaikum sahabat..!!

   Puisi ni khas hamba pertaruhkan untuk pertandingan sajak sempena Sambutan Maulidur Rasul..doakan usaha hamba kali ini diiringi kejayaan (^_^)

Lipatan sejarah melangkau zaman
Edaran muda mengimbau silam
Di benak fikiran kemas tersulam
Terukir di hati terpalit dalam

Gema alunan jauh membisik
Bunyian kompang kunjung merisik
Arakan selawat dipandang asyik
Bergetar jiwa sanubari terusik

Jalinan sifat Qudawatun Hasanah
Beroleh ujian pantang mengalah
Tegar tidak berkalih arah
Membimbing bersama Quran dan Sunnah

Rasulullah maudud ikutan
Pimpinan terpuji jadi panduan
Gelisah baginda umat ditiggalkan
Terkusut minda terubah haluan

Rincian perihal Nabi kita
Punyai tekad cita nan mulia
Ke arah pembangunan bangsa
Akhirat kelak puncak jayanya

Hati nan kelam kerusuhan
Kembali damai diisi ketenangan
Melihat nun jauh perarakan
Tulus buat Rasul junjungan

13 comments:

Keri said...

fuuh... dasat ayat -ayatnya... kosa kata yg tak pernah guna pun ada... tp masih boleh faham :)
Insya Allah ada rezeki menang la tuu

Ce'gu JAERA said...

kagum hamba membaca nukilsan puisi ini.. Kanda memang pandai mengatur dan menyusun setiap kata... semoga berjaya ya Enor...

selamat pagi yang ceria

LYAfrina said...

penuh putis

biela bell said...

good luck.
bell pun tak mampu buat puisi camnie..huhu

Kancil 8349 said...

good luck 3no...

semoga berjaya..jangan takut dan jangan fikir banyak...kenyakinan sentiasa berada di dalam diri kamu...

3no gr33ny said...

keri ikhwan : itulah yang hamba harapkan..masih boleh difahami si pembacanya =)

3no gr33ny said...

Gen2Merah : terima kasih sahabat seperjuangan =)

3no gr33ny said...

LYAfrina : hamba juga harapkan moga puisi ini dapat pengiktirafannya =)

3no gr33ny said...

biela bell : tuan hamba cubalah dulu..mana tahu ada yang terpendamnya

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : terima kasih juga buat sahabat Kancio sebab selalu meyakinkan rinci kerja hamba

Dylla Abas said...

sebak membaca perenggan ke-4..gelisah baginda umat ditinggalkan..

apa pun puisi ni memang menarik..kagum dengan hasil nukilan tuan hamba :)

semoga berjaya ye!

3no gr33ny said...

Dylla Abas : alhamdulillah..dapat juga pembaca hayati puisi ni =)

terima kasih buat sahabat Dilla

Kancil 8349 said...

sokongan daripada kami untuk sahabat kami

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail