Hati berbisik minta mencari
Minta halamannya didiami
Tapi sayang itu belum kutemui
Hanya bersetia dengan cinta Ya Rabbi
Tak ternafi diselubungi sunyi
Kosongnya hati tak disayangi
Sedu terkadang berbunyi
Duka jua tak ku terlayani
Sayup suara kedengaran sayu
Rupanya jiwaku sedang merayu
Esakan halus terhambur mendayu
Mengenangkan jiwa yang hampir layu
Sabarlah wahai sang hati
Ghairah jangan perlu berhati
Kelak nanti kau akan dimiliki
Oleh insan yang bernama suami
12 comments:
akan tiba masanya nanti.......
tidak perlu risau...ia akan datang tanpa kita sedari...mungkin ada disekeliling kita namun kita tidak menyedarinya...Insya Allah...kamu akan bertemu dengan jodoh kamu...percaya pada rezeki kamu...ia akan datang juga
jodoh sudah di atur oleh Allah...cuma kita perlu mencari siapakah dia...entah2 di depan mata hihihi
jgn terasa sunyi kerana Yang Maha Esa sentiasa menemani (",)
remyhazza : insyaAllah..amin =)
Kancil 8349 : doakan moga hamba mendapat jodoh yang baik yer =)
Cik Rose Cute : andai di depan mata tu..tidaklah hamba pasti..huhu
Dylla Abas : bersetia hamba dengan Illahi..moga senantiasa dalam restu Ya Rabbi
jiwang la plak... puitis betul kata2 tu..
keri ikhwan : jiwang ek..huhu..sekali sakal sahaja =)
Amin....sesiapa pun akan mendoakan rakannya untuk mendapat jodoh yang baik
Kancil 8349 : =)
Post a Comment