Wednesday 2 May 2012

Hasil Kesibukan

Assalamualaikum sahabat..

   Usai sudah segala kesibukan..yang menanti hanya peperiksaan beberapa minggu sahaja lagi..Syukur hamba panjat pada Illahi dek usaha dua minggu ini tidak tersia..acara yang hamba sertai mendapat tempat kesemua sekali..inilah Pertandingan Senam Seni yang julung-julung kali diadakan dan pasukan kami mencipta sejarah  dengan memperoleh gelaran juara tahun ini (^_-) ..

   Walaupun nyata ada langkah yang sumbang dek terdapat perubahan pergerakan yang kami lakukan setelah layak ke final..namun hasil kerjasama dan berkat kesabaran..hasilnya sangat memuaskan...


   Namun dek kemenangan jugalah hamba terpaksa berkorban masa dan tenaga..termasuk cuti seminggu semester hamba yang dipendekkan dek terpilih mewakili tempat hamba belajar untuk acara lompat kijang...hamba reda tapi masa bersama keluarga tinggal dua minggu sahaja..mungkin ada hikmah juga disebaliknya...doakan kejayaan hamba

p/s : sedang sibuk pula berlatih tiap petang di hari-hari "study week"

12 comments:

Kancil 8349 said...

cantik dan terbaik tarian korang...betul juga ada yang kekok dengan beberapa tarian...untuk menari nie bukan mudah..memerlukan masa yang lama...tapi semacam senamrobik sudah Kancil tengok...apapun tahniah...

Dylla Abas said...

bila menang..semua hasil penat lelah tu rasa berbaloi kan..tapi tak bermakna bila kalah semuanya akan jadi sia-sia :)

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : untuk pengetahuan sahabat..senam seni ni sebahagian senamrobik tapi diadaptasikan dengan beberapa tarian tradisional...kiranya campuran tarian dan senaman la..

3no gr33ny said...

Dylla Abas : yang penting kita sudah cuba sehabis baik dan yang penting dapat eratkan silaturahim dengan sahabat2 lain =)

Faaein Talip Roy said...

semoga berjaya dalam arena akademik dan juga sukan ya tuan hamba..

3no gr33ny said...

Faaein Talip Roy : amin..begitulah hendaknya..terima kasih buat sahabat yang sudah lama tidak hamba kunjungi

Kancil 8349 said...

aduh...ada perkataan senam seni plak sana tu..Kancil terlepas baca...tahniah

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : tidaklah mengapa =)

terima kasih yer sahabat

Kancil 8349 said...

nampaknya kena belajar dari video kamu tu...Kancil pun tengah mengajar bebudak menari untuk ke peringkat daerah Tawau...hehehe...lepas cuti semester nie baru mula mengajar tarian...sekarang nie berikan tumpuan pada peperiksaan mereka

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : kiranya sahabat mahu bantuan..khabarkan sahaja..hamba akan menghulurkan sedayanya pertolongan..

hamba ada pelbagai video tarian..ini hanya sekadar senam seni..bukanlah tarian sebetulnya

Kancil 8349 said...

selepas cuti sekolah baru buat latihan...hehehe...

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : sahabat Kancil nampaknya kena reka pergerakan dari sekarang la..hehe

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail