Malam yang pekat tanpa mentari
Mengalukan hadir embun didinahari
Tapi tanganku masih ligat menari
Dan duduk ku disini tak berkutik tak berlari
Pabila sesuatu membebani
Pabila sesuatu membebani
Pasti aku begini
Tidak berhabis muhasabah diri
Mencari khilaf diri sendiri
Musykil menggamit deria
Musykil menggamit deria
Mengapa perlu hadirnya dia
Mengingatkan aku duka
Merobek parut lama yang tersedia
Tika tenang menyelubungi
Tika tenang menyelubungi
Dia datang meraih simpati
Dengan harapan peluang mencintai
Sayangnya hatiku terkunci
Kukenal hati ini
Penuh tekad selain pasti
Aku akan terus menyendiri
Tak betah menangis lagi
Bukan tiada perasaan dalam hati
Ku enggan imbas mahu ulangi
Segalanya telahku pasrah pada Illahi
Tiap inci tentuan-Nya ku redha lalui
Kukenal hati ini
Penuh tekad selain pasti
Aku akan terus menyendiri
Tak betah menangis lagi
Bukan tiada perasaan dalam hati
Ku enggan imbas mahu ulangi
Segalanya telahku pasrah pada Illahi
Tiap inci tentuan-Nya ku redha lalui
15 comments:
hari nie kita kecewa...esok lusa kita gembira...jangan rasa kecewa terus tapi berusaha untuk cari kegembiraan...senyumlah wahai sahabatku...janganlah cerita duka lama...makin dicerita makin terasa...memang benar,...orang merasa tidak sama orang melihat namun orang melihat pernah merasai apa yang dilalui...
InsyaAllah..jodoh yg baik utk kita telah ditentukan-Nya. Hanya hamba-Nya yg redha saja akan merasai manisnya dugaan yg dtg dlm hidup :)
salam..
kadang2 malam selalu menceritakan hati2 yg sunyi dan terluka..
Kancil 8349: baru sahaja mahu tersenyum..dia datang menghampiri dan menghulur cinta yang sarat dengan memori berduri..
bagaimana hamba mahu mengelakkan semua ini..
Dylla Abas: insyaAllah..moga hamba juga tergolong daripadanya..amin =)
Sekamar Rindu : w'slm
banyak terseka di balik malam nan pekat likatnya
puisi ni cam bersambung2 je ngan puisi2 cinta sebelum nih. :D
ada episod cam drama plak
anggaplah ia satu pengalaman dan sejarah yang pernah bertandang di dalam hati kamu...ndak usaha diingat lagi...carilah pengganti mungkin ia yang terbaik dari sebelum ini...ikut hati mati ikut rasa binasa...moga berserah kepada Allah...
yaa, semoga segalanya akan baik2 saja kan.. selamat pagi enor.. lama x jenguk2 sini.. salam ceria yaaa..
keri ikhwan : memang bersambung dek inilah kisah hati hamba...huhuk
Kancil 8349 : sebolehnya mahu hamba lupakan..dapat sahaja bertenang..dirinya datang balik meraih cinta lama
Gen2Merah : selamat pagi jugak buat sahabat yang setelah kian lama menyepikan diri =)
mengapa izinkan dia kembali...baik lupakan...baik buangkan dia jauh2
ingin mengetahui jawapan wordless wednesday semalam...jom singgah ke blog Kancil
http://kancil8349.blogspot.com/2012/05/jawapan-wordless-wednesday-37.html
Kancil 8349 : sudah dibuang jauh2..sudah perjelaskan sungguh2..tapi dia pura2 tidak memahami dan mahu menggapai hati kembali
Post a Comment