Dendamku belum tamat
Ini dendam kesumat
Lelah aku berlari
Lelah aku berlari
Bayang ini terus megikuti
Salahmu meyulit kembali
Hanya menyemarakkan si api
Fikiranku hilang arah
Fikiranku hilang arah
Kutahu bahana amarah
Sekali suaramu membidik
Sekali suaramu membidik
Hancur megah frasa pendidik
Walau kamu kudendamkan kesumat
Walau kamu kudendamkan kesumat
Masih aku waras dan hormat
Walau dendamku sekerikil keramat
Didikanmu kubawa ke kiamat
Ilmu kamu kujadikan tauladan
Sikapmu kujadikan sempadan
Kerana aku bakal pendidik berwawasan!
Walau dendamku sekerikil keramat
Didikanmu kubawa ke kiamat
Ilmu kamu kujadikan tauladan
Sikapmu kujadikan sempadan
Kerana aku bakal pendidik berwawasan!
10 comments:
buanglah amarah itu......
simpanlah dendam jauh dusudut hati.....
tapi jadikan ia sempadan agar kita tidak sepertinya......
Remy hazza : insya-Allah dendam ini tak lama
amboi siap part2 pulak.
ntah apa cerita sebenar tu tak taula.
tapi marah ni makin dilayan makin ia merebak.
tengah praktikum ke skarang ni?
b'istighfar la tiap kali dendam tu terlintas di fikiran..insyaAllah hati pasti tenang..
apapun..sy puji semangat tuan hamba yg terus b'juang meskipun dgn dendam yg t'pendam tu :)
keri ikhwan : tahun depan baru praktikum..huhu..masalah sekarang ni ada la seorang pendidik yang suka memilih kasih..
Dylla Abas : sebenarnya rasa ini lebih kepada benci..tidaklah sampai tahap dendam..dan benci ini semakin hari semakin bertambah dek sikapnya
bakal pendidik sdg mengekspressikan emosinya..
sabar je lah dengan dugaan bulan puasa ni...
KorN : sabar..itu jelah yang hamba mampu..dan nukilan ini..inilah juga yang hamba mampu luahkan rasa yang terbuku di hati
banyakkan bersabar 3no...buang jauh2 sifat membenci sebab secara langsung akan beri kesan kepada anak didik kita nanti
Kancil 8349 : hamba juga harapkan begitu..tapi sikapnya sudah melampau
Post a Comment