Bunga-bunga di hati tak dapat kusembunyi
Liang-liuk girangnya membunyikan melodi
Damainya rasa setenang air Tasik Chini
Kebas seluruh jemari jari
Melayan fikirku membilang hari
Seolah mahuku membawa waktu ini berlari
Masih tiga hari berbaki
Dan aku tidak sabar menanti
Menghilangkan jejak di negeri ini
Debarannya sungguh gemilang
Menunggu saat untuk pulang
Bersama keluarga tersayang...
Rindu ayahanda hamba
Rindu sangat dengan dua beradik ni
Tiga beradik yang becok ni pun sama
p/s : Terasa mahu pulang segera dek kipas bilik tak berfungsi...hamba hidup mewah di sauna percuma kini..huhu
6 comments:
insyaAllah..pasti kita semua akan pulang untuk menyambut hari kemenangan bersama keluarga tercinta :)
Dylla Abas : insya-Allah..tapi pulang hamba terlebih awal dek perlu hadiri praktikum seminggu di sekolah berhampiran dengan rumah
awalnyer balik kampung.... remy 17 baru nak balik.....huhuhu
Remy hazza : balik awal sbb kena pergi sekolah untuk praktikum..huhu
wah....good luck untuk praktikum...semoga kerinduan terubat tika balik ke rumah nanti...kirim salam semua keluarga di sana...kata je sahabat di Sabah
Kancil 8349 : terima kasih..insya-Allah hamba akan sampaikan salam buat keluarga nanti =)
Post a Comment