Wednesday 8 August 2012

Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner

Assalamualaikum (^_^)

   Setelah beberapa hari sibuk dan tidak sempat mengikuti mana-mana panggilan bagi menyertai segmen..maka kali ini hamba melapangkan masa untuk turut serta berikutan sahabat Remy telah menjemput hamba...

Klik banner yer untuk ke halaman penganjur
   Tersurat sudah buat hamba yang sudah kehilangan nenek dan atuk kedua-dua belah ayahanda serta bonda hamba..maka raya hamba hanyalah di rumah hamba..di bawah bayungan daerah yang diberi nama Machang di negeri Cik Siti Wan Kembang...

   Ini bukanlah kisah atau kenyataan yang menyayat hati dan sedih kerana rumah hamba adalah tempat berkumpulnya keseluruhan keluarga yang besar daripada kedua-dua belah keluarga ayahanda serta bonda hamba...termaktublah ayahandan hamba sebagai abang yang terutama dan mendiang bonda pula puteri satu-satunya dalam keluarga..malah anak terkecil pula...

   Kesudahannya memang teramat meriah dan gamatlah rumah hamba yang tidak seberapa besar itu setibanya hari lebaran...memang tersangatlah penat melayan tetamu dari pagi ke malam...akan begitu, keseronokannya tak tergambar hebat dengan kegembiraan yang dikongsi bersama setelah lama tak bertemu mata...

Ini keluarga hamba..keluarga besar 10x ganda ramai dari ni..huhu 

Dengan segala hormatnya hamba menjemput sahabat-sahabat hamba untuk turut serta juga (^_^)

12 comments:

Admin said...

tq join segmen ini..selamat berpuasa & selamat menyambut hari raya aidilfitri

Unknown said...

meriah raya kalau semua berkumpul....... remy tak ramai adik beradik. tapi sedara mara memang dekat2...satu hari nak beraya tak habis...... keluarga emak ngan abah dekat dekat.... mak 10 beradik dan abah pun 10 beradik.... so ada 20 rumah yg nak kena jenguk raya nanti...... tu belum lagi rumah sepupu2 yg dah bekeluarga....

anggun said...

waaahh..meriah...walaupun atok n nenek dah xdew tapi seluruh kaum keluarga dapat berkumpul skali..tu dah cukup baik..jemput singgah blog yew...

3no gr33ny said...

Phat : sama2..selamat berpuasa juga kepada sahabat baru hamba =)

3no gr33ny said...

Remy hazza : saudara2 hamba juga tinggal berhampiran saja di kampung yang sama..sangat seronok =)

3no gr33ny said...

anggun : ha'a..sangat seronok dan meriah..maka tidaklah hamba sabar untuk berhari raya =)

Kancil 8349 said...

Selamat bersegmen...

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : terima kasih..seudah beberapa hari hilang jejak di sini =)

anamizu said...

wahhh meriahnye bile berkumpul ramai2 camtu kan?? hehe

cik ana dr segmen Phat jgk :)










slm ramadhan,
cik ana

3no gr33ny said...

anamizu kaito : sangat2 meriah =)

terima kasih sudi berkunjung ke sini

Unknown said...

seronok kalau raya dpt berkumpul beramai2... terasa indahnya...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/teka-baju-raya.html

3no gr33ny said...

Faizul Osman : maka betul kata tuan hamba sahabat yang sudi menapak di halaman hamba ini =)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail