Assalamualaikum sahabat..
Setelah dua hari berdiam diri dari halaman dek kesibukan mengejar tarikh terakhir penghantaran tugasan..maka tibalah hari ini untuk hamba pulang ke pangkuan keluarga di kampung..doakan keselamatan hamba sepanjang perjalanan nan jauh ni yer (^_-)
Bunga-bunga di hati tak dapat kusembunyi
Liang-liuk girangnya membunyikan melodi
Damainya rasa setenang air Tasik Chini
Kebas seluruh jemari jari
Melayan fikirku membilang hari
Seolah mahuku membawa waktu ini berlari
Masih tiga hari berbaki
Dan aku tidak sabar menanti
Menghilangkan jejak di negeri ini
Debarannya sungguh gemilang
Menunggu saat untuk pulang
Bersama keluarga tersayang...
Dan kini baki itu telah pergi...
p/s : Mengulangi puisi ini sebagai tanda girang yang amat..hehe
8 comments:
hav a safe journey......
kirim salam pada keluarga......
Remy hazza : insya-Allah..
hamba sudah selamat sampai =)
wahh syok lah dh dpt blik...insyallah moga selamat pulang ke kampung...
Shahril Nasir : terima kasih..seronok sgt =)
take care buddy!!
Dylla Abas : alhamdulillah...
tak sabar nak balik ni :)
keri ikhwan : hari jumaat sudah bercuti kan di sana??
Post a Comment