Thursday, 21 February 2013

Baucer Buku!


Assalamualaikum sahabat...

   Alhamdulillah "lappy" hamba masih bernyawa walau keadaannya dikatakan tenat oleh sang doktor..menurut doktor sakitnya tak dapat diubati..dan inilah antara masa kami bersama sebelum jangka hayatnya tamat dek penyakit kronik yang digelar "motherboard"..oleh itu hamba reda dan terima suratan-Nya...

   Sebelum terlebih kata, maka baiknya hamba meneruskan ujaran bermula dengan topik utama iaitu baucer buku 1 Malaysia..Alhamdulilah jua dek sudah pun hamba dan sahabat lain menerimanya..namun banyak persoalan yang berligar sahaja tanpa jawapan...namun akan hamba nyatakan salah satu sahaja kemusykilan antara seribu itu dek risau pula nukilan kali ini meleret panjangnya..huhu

   Majlis penerimaan tadi telah dirasmikan oleh seorang YB dan hamba berada antara salah satu pihak yang menjayakan majlis tersebut beriktan jawatan hamba kini di tempat pengajian..Berikutan itu, kami di pihak penganjur hanya maklum bahawa hanya dua pihak media sahaja yang akan hadir semasa majlis berlangsung..tetapi pada kelangsungan majlis siang tadi, kami dikejutkan dengan kehadiran hampir semua media yang tersohor seperti TV3, RTM, METRO, Berita Harian, Utusan, dan lain-lain lagi...

   Ketika menguruskan kedudukan pihak media di dalam dewan, kami diberitahu bahawa ada di antara mereka yang tidak memerlukan tempat duduk di dalam dewan...Maka bertanyalah kami kenapa mereka berbuat sedemikian..dan mereka menyatakan bahawa mereka sudah pun hafal skrip YB terbabit dek beliau akan menggunakan skrip yang sama bagi majlis-majlis sebegini..

   Tetapi perkara yang lebih mengejutkan ialah....pihak YB sendiri yang menjemput pihak media yang lain untuk hadir bersama dalam majlis perasmian dan pembahagian baucer buku kepada kami..huhuk..apa pendapat sahabat??



p/s : Syukur sangat kerana segala kerja yang rumit dipermudahkan-Nya..Alhamdulillah.....

16 comments:

Kancil 8349 said...

tahniah dapat baucer....apapun kena beli yang baru laptop tu

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : insyaALLAH..bergantung kepada kewangan hamba jugalah sahabat

Hanif Idrus said...

Hihihihi..politik..
Walsu apapun...apa nak buat dgn baucer tu....ahaks

3no gr33ny said...

Hanif Idrus : apa lagi..guna untuk buku dan bahan bantu megajar la..praktikum dah hampir ni

Remy hazza said...

tahniah..... best nyer...dapat mcm2.... untung sesangat... remy jer tak untung sebab tak dapat apa2... kekadang rasa mcam remy nie warga asing pulak...... terbiar...he3

3no gr33ny said...

Remy hazza : ada pulak camtu...sahabat mungkin boleh pohon BR1M...

Remy hazza said...

tak layak...semua tak layak...hu3..... nak jadi warga bangladesh ler....he3

3no gr33ny said...

Remy hazza : haha..sampai sebegitu sekali

Alif Ismail said...

syukur dgn rezki yg diberi. giliran hamba pula adalah pada 25hb ni...huhu..

3no gr33ny said...

Alif Ismail : owhh..haba jangkakan semua pelajar universiti dah dapat..rupanya belum...

Kancil 8349 said...

betul juga kan...

wantie said...

banyak sangat tempat yg nakkena pergi sampia YB pun dah leh hafal skrip. hehehehe

Dylla Abas said...

tak sempat nak merasa baucer buku ni..tapi dapat la enumpang kawan2 yg ada sikap belas ihsan tu..huhu >_<

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : fikir-fikirkanlah

3no gr33ny said...

wantie : itulah..huhu..hafal skrip dah

3no gr33ny said...

Dylla Abas : untunglah ada kawan yang sudi berkongsi

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail