Assalamualaikum sahabat..
Pagi nan dingin ini membuatkan hamba rindu akan "lappy" hamba yang sudah tamat riwayatnya beberapa hari yang lepas..dek sebab itu jugalah hamba lama tidak berkampung di halaman sendiri dan halaman sahabat-sahabat hamba..rindu juga untuk berjalan dari halaman ke halaman ...
Apalah malangnya nasib.."lappy" pula yang meninggalkan hamba terkontang-kanting dengan tugasan yang perlu disiapkan tanpa arah tujuan..barulah hamba tahu bagaimana sukarnya menjalani kehidupan nan susah kiranya tiada kemudahan seperti "lappy" ini...saat sukar hamba ini hanya sementara. mungkin..tapi apa pula nasib mereka yang hidup susah di luar sana...
Alhamdulillah..hamba punya sahabat yang senantiasa bersama susah dan senang..antara itu ada juga sahabat yang bersimpati dengan kekalutan waktu akhir hamba untuk menyiapkan tugasan sebelum tamatnya tarikh..dan sahabat itu meminjamkan hamba "lappy" lamanya yang masih boleh digunakan walau skrin agak berbalam-balam dengan warna yang tidak menentu...syukur yang amat pada Tuan Yang Maha Mengasihani kerana mengutuskan hamba sahabat sebegini..Alhamdulillah.....
Hamba masih dalam proses mencari pengganti "lappy" hamba yang akan senantiasa kekal dalam memori..dan selagi itu terjadi..maka jaranglah hamba akan menapak ke sini lagi...doakan semoga segalanya dipermudahkan...amin.......
11 comments:
laptop rosak ye? sabarlah ye? nanti cuba cari yang berkualiti sikit.
From,
Nasz
www.mohdnaser.com
Dah sampai ajalnya..nak buat mcm mana.
Nasz : berkualiti tapi sudah tiba ajalnya..huhu
Hanif Idrus :nasiblah hamba yang malang
xper blog bukanlah hakmilik kekalls yee.., eehhEe
semoga bertemy lappy yg terbaik......
Wak Gelas™ : nasib hamba lah..huhu
Remy hazza : amin..alhamdulillah
Remy hazza : amin..alhamdulillah
Dah panggil org naca kulhu. Hehehe
setiap dugaan tu pasti ada hikmahnya..masa ditimpa dgn mcm2 dugaan la kita akan kenal yg mana kawan yg mana lawan :)
Post a Comment