Assalamualaikum sahabat..
Hamba mohon maaf daripada sahabat dek tidak menjengah ke halaman ini sepanjang hujung minggu baru-baru ni..jadual agak padat dek pagi hari lagi pergi ke kelas memandu...petang dan malamnya pula ada latihan kawad kaki untuk pasukan Pengakap sempena pertandingan pada Minggu Kokurikulum yang baru sahaja bermula hari ini..dan pertandingan tersebut telah pun dijayakan pada 2.30 petang tadi...
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...insya-Allah jika tiada aral melintang, gelaran johan bakal menjadi milik kami..hehe..chewwahh!! (*o*) ...walau kami baru saja memulakan latihan pada hujung minggu baru-baru ini berbanding pasukan lain yang telah pun menjalani latihan selama sebulan, tapi saya sangat berpuas hati dengan kerjasama rakan-rakan dan persembahan yang dilakukan tadi..
![]() |
| Gambar hiasan semata.. Nanti akan hamba kongsikan gambar dan videonya |
doakan kejayaan menjadi milik kami yer (^_-)






