Kertas bertulis itu ditiliknya berkali
Andai mata dia tajam seperti belati
Mungkin sudah tembus barangkali
Kocakan riak di wajahnya tak terduga
Pelipis tak jemu digaru berulang olehnya
Sukar benarkah tugasan dia?
Tamat satu baris terkarang
Fikirannya mula terbang melayang
Pemerhatian dia mula berlaku curang
Kembali dia berpijak pada bumi yang nyata
Itulah pengajaran buat dia
Jangan malu bertanya pada siapa-siapa
Tegak duduknya mula terkilas
Jemarinya berhempas pulas
Curahan dari akalnya sungguhlah culas
Sekian tamat segala nukilan
Senyuman terukir tanda meraikan
Terusir sudah segenap kepenatan
9 comments:
sesiapa sahaja pasti berubah hati...semua tu memberi pengajaran kepada kita...
Kancil 8349 : hati manusia ni mmg selalu berubah ke tuan hamba?
berubah mengikut peredaran zaman dan situasi...jika ada yang teguh dan kukuh...disebabkan ia berada di zon selamat
terima kasih kerana menjadi penyumbang trafik kepada blog kancil..
http://kancil8349.blogspot.com/2012/01/punca-traffik-kancil-8349-minggu-kedua.html
Kancil 8349: terima kasih juga buat tuan hamba dek selalu berkunjung ke sini memberi pandangan yang tersendiri =)
fokus!fokus!
bleh rasa apa yg orng dlm puisi tu rasa.
situasi yg sama dihadapi.. :)
keri ikhwan : faham juga tuan hamba akhirnya..sebeginilah andai tiada rasa untuk mulakan kerja
pasti kita akan lebih berbangga dengan hasil usaha penat kita slama ni
Gen2Merah : itu yg diharapkan seusai semuanya
Post a Comment