Sang malam umpama mengerti
Salamku tiba di tangkai hati
Tidak lama juga aku menanti
Kemudian dia keluar dari bersembunyi
Sangkaku telah dia pergi
Rupanya masih setia berdiri
Menunggu jawapan belum kupasti
Sayang jiwaku kental kini
Takku buahkan pisang kedua kali
Cukuplah lama merana sendiri
Cukuplah lama merana sendiri
14 comments:
merana itu mengajar kita menjadi lebih matangkan??
Kancil sokong kenyataan Queen...Kancil pun pernah mengalaminya...tapi ia akan tenggelam mengikut masa...jangan difikirkan sangat...yang pasti setiap malam ada cerita yang belum kita ketahui
QueeN TerataI : matang dalam apa juga perhubungan
Kancil 8349 : malam yang punyai cereka sendiri =)
patah tumbuh hilang berganti.. usah d kenang kisah yang meluka kan hati.. semoga bertemu pengganti hati ya
Gen2Merah : alangkah bahagia andai luka tidak berparut...alangkah tidak terseksa rasa andai mudah untuk ditukar ganti hati yang telah mati rasa ini
wah..tabahkan hati =)
mana ada luka kalau tidak berparut...mana ada hati yang terseksa bila dikhianati...apapun ia telah memberi kita pengajaran untuk menghargai orang yang akan hadir dalam hidup kamu nanti...
jom singgah ke blog Kancil 8349.
http://kancil8349.blogspot.com/2012/01/punca-traffik-kancil-8349-minggu-ketiga.html
Original CikTeddy : hamba cuba dan terima kasih juga buat tuan hamba
Kancil 8349 : terima kasih sahabat kancil sbb selalu ke sini memeberi nasihat yang boleh hamba jadikan pedoman hidup =)
janganlah terasa merana seorang diri..kerana Yang Maha Pencipta itu sentiasa ada kan :)
Dylla Abas : hamba hanya harapkan kasih dari Dia...
berlalu malam, sianglah ia.
malam, tidola... siang baru fikir :)
keri ikhwan : hari siang biarlah dengan suka saja
Post a Comment