Friday, 27 July 2012

Bahasa Kita

Assalamualaikum..

   Kerap kali juga hamba ditegur pensyarah bahasa hamba mengenai penggunaan bahasa terkadang yang terlalu ringkas sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan para pembaca, terutamanya di halaman muka buku satu ketika dahulu...dan kini hamba sedaya upayanya cuba memperbaiki dan mengelakkan dari penggunaan bahasa yang salah dari segenap seginya...

   Maka kali ini mahulah juga hamba berkongsi ilmu mengenai penggunaan bahasa dengan sahabat sekalian..dek terlalu luas lingkup bahasa ini..hamba terdorong untuk menyedarkan sahabat dan diri hamba sendiri mengenai penggunaan beberapa perkataan yang disertakan dengan nama-nama Allah..moga sama-sama kita teladani ejaan yang tekal ini...

...insya-Allah
...masya-Allah
...kudrat dan iradat-Mu
...dengan izin-Nya
...hamba-Mu
...ya Allah ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Pengasih...


P/S: Bak kata orang bijak pandai dalam bahasa..mengeja dengan betul pun dapat mendamaikan hati dan mendinginkan jiwa....


12 comments:

Kancil 8349 said...

lain kata lain maksudnya...tulah bahasa kita nie,..apapun berhati2,..kancil tag 3no..harap sudi menyertainya

http://kancil8349.blogspot.com/2012/07/aku-terjah-aku-follow-apakah-itu.html

Keri said...

bahasa level tinggi pun kena tegur jugak..

Kancil 8349 said...

hehehe...orang sastera selalu menjaga bahasa

Dylla Abas said...

sy rasa bahasa tuan hamba dah sangat bagus berbanding yg lain :)

Unknown said...

bahasa itu indah kalau dikarang dan ditulis...tapi bila dunia semakin maju... semunya tinggal shortcut..... sedihkan...

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : insya-Allah hamba akan sertainya =)

3no gr33ny said...

keri ikhwan : tersebutlah bahawa pensyarah hamba ini seorang munsyi bahasa yang sangat tegar dengan kesantunan serta ketuanan bahasa Melayu

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : bahasa itu lambang segalanya =)

3no gr33ny said...

Dylla Abas : hamba masih dalam proses belajar dan ditunju ajar =)

3no gr33ny said...

Remy hazza : itu yang susah..terkadang ada yang diringkaskan emmbawa kefahaman yang berbeza kepada si pembaca

Kancil 8349 said...

betul tu,....jagalah bahasa kita

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : dna inilah tugas kita selaku guru dan pendidik bangsa

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail