Assalamualaikum sahabat..
Salam Ramadhan hamba hulurkan..Sebermulanya ibadah wajib bagi ummat Islam..masing-masing sibuk berpuasa, menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa serta berterawih dimalam hari...jangan pula sahabat lupa akan sunnah lain pada bulan yang mulia ini.
Maka sama-samalah kita berusaha untuk khatam Al-Quran pada Ramadhan ini walau apa halangan pun yang terpaksa kita hadapi..apatah lagi bagi kaum yang memperoleh cuti "free" dari berpuasa..huhu (-.-") ..Tapi bukanlah sekadar kita membaca..hayatilah dengan merujuk tafsirnya...
Samalah jua bagi amalan Qiamullai..janganlah hanya menunggu malam 10 terakhir untuk mengejar malam Lailatul Qadar..tampak sangatlah niat kita tidak ikhlas kerana Allah bagi mendapatkan rahmat-Nya serta keampunan daripada-Nya..namun untuk mengutip pahala bagi diri sendiri semata-mata bagi bekalan kelak..
Tepuk dada tanya iman..perubahan diri hanya kita yang mampu lakukan wahai sahabat seagama sekalian..bersama kita berubah ke arah mendapatkan keredhaan...
10 comments:
bersama kita tingkatkan amalan kita...... yg cuti free tu......tak syok jugak....... nanti kena posa jugak.......
selamat berpuasa sahabat!
yelah, umur makin lama makin banyak..kalau tak dpat berubah sekali gus, sikit2 berubah pun dah baik kan?
alhamdulillah.. sama2 lah kita menuju kejayaan abadi d bulan barakah ini.. selamat berpuasa enor
10 malam terakhir tu paling susah. bnyak je dugaannya.
peringatan untuk kita semua...terima kasih
Remy hazza : huhu..itulah untung kaum tuan hamba..selamat berpuasa penuh yer
Aisy Nasiha : maka setujulah hamba dengan kata tuan hamba =)
Gen2Merah : amin =)
keri ikhwan : selalunya macam tu la ek..huhu
Kancil 8349 : juga peringatan buat diri hamba
Post a Comment