Pujukan terendah dek rajuk
Bekukan diri penunjuk
Terkunci peti nan suara
Elak dari mencerca
Sembunyikan serangan
Disimpan senjata peperangan
Diam mencari lapangan
Mengharapkan gerangan ketenangan
Beransur amarah berjalan
Jejaknya saja yang ditinggalkan
"Sikap pemarah adalah musuh utama akal"
--> Saidina Ali bin Abi Talib <--
15 comments:
salam..
kalau nak tahu sifat sebenar seseorang...lihatlah masa dia tengah marah...[ sabar atau tidak]
pujuk hati menyebut nama-nama indah..Tahniah! Ahaks!
sedang belajar utk mengawal sifat marah :)
sabar2 yer..lepaskan di tempat yang betul tau.... ^_^
betul tu.. bila marah lbhbaik diam aje.. just like me.. kalau saya marah selalunya saya akan diam aje.. bila dah x boleh nak sabar haruslah meletup terus. hehehe
marah boleh menunjukkan kelemahan diri dalam menyelesaikan masalah...
kancil datang untuk memaklumkan bahawa blog anda kena tag...jika sudi...jomlah menyertainya
http://kancil8349.blogspot.com/2012/01/kancil-kena-tag-oleh-blogger.html
Sekamar Rindu : w'slm...ha;ah btol kata tuan hamba..marahlah kelemahan manusia
Mehmed : menyebut nama indah...tidak pernahlah hamba terfikir tentang itu..mahu pula hamba mencuba..terima kasih yer sahabat
Dylla Abas : perlu belajar utk menutup kelemahan kita tika marah melanda
Ckin Kembaq : hanya di sinilah tempat hamba lepaskan segala rasa
QueeN TerataI : jgn buatkan rasa di hati meletup...senyaplah jika perlu
Kancil 8349 : itulah kita sebagai manusia biasa..
terima kasih sbb ingatkan hamba =)
stiap kali marah... mandi, ambil wuduk, tido ... :) hehe
keri ikhwan : mandi dan berwuduk memang antara cara yg berkesa..tapi tdo tu...??
Post a Comment