Assalamualaikum sahabat hamba (^_^)
Gembira tak berkalang kata
Mahu hamba menggambarkan rasa
Bahawa hidup ini sedang berbunga musimnya
Walau masa ini terhad sahaja
Cukup abadi kukuh kenangan dibawa
Seawal 8 pagi, hamba mula mengejutkan sahabat-sahabat hamba untuk ke latihan senamrobik sempena Karnival Permainan Tradisional yang bakal dianjurkan pihak kami sendiri. Usai sarapan bersendirian, sahabat lainsudah mula berkumpul di perkarangan yang dijanjikan.
8.30 pagi bermula sesi latihan yang diketui oleh pemilik halaman ini (penat berlatih sendirian pada malamnya belum hilang..huhuk!). Latihan diselang-selikan dengan rehat dan bergurau senda dek sudah lama kami tidak berkumpul bersama (minggu ini tidak dapat pulang kerana hari esok kami perlu menghadiri aktiviti wajib anjuran negeri ini..maka beberapa individu yang kerap pulang turut ada bersama).
Latihan tamat pada jam 9.45 pagi. Memberi peluang kepada diri sendiri dan sahabat lain bersiap untuk ke kedai makan seberang jalan sana. Sesi pinjam dan mencuri basikal buat sementara bermula apabila masing-masing malas untuk berjalan kaki ke sana (masih ramai yang tidak punya kenderaan itu).
Jam 10 pagi kami mula bergerak ke tempat makan sehinggalah jam 11 pagi. Masing-masing teruja dengan suasana begini. Berkumpul, borak, makan, gelak, dan yang penting bersama-sama. Lama tak meluangkan waktu bersama melainkan waktu formal. Suasana ini sangat dirindui!
p/s : Selesai makan, kami ke taman permainan kecil yang ada di sini. Bermain buaian, gelongsor dan banyak lagi. Seolah dunia ini milik kami. Seperti kanak-kanak berusia awal 6 tahun yang baru mula mengenali dunia tanpa getir. Indahnya dunia musim bunga! (^_^)
16 comments:
best nyer...pagi2 dah bersenam....... lepas bersenam...join segmne remy tau !!!! belum tutup lagi...dateline 28 february.....he3...bukan 28 january tau!
wah... bersenam ke? saya pun rindu saat-saat sebegini. sekarang ini susah nak dapat saat macam ni.
From,
Nasz
www.mohdnaser.com
wahh jeliternyerr uoolss.., ehHHHee
sis..banyak lagi tempat untuk explore,kalo ada tempat lawa-lawa ke,sunset sunrise best-best ke,bagitau eh..hehe
Remy hazza : ahhaha..hamba tersalah tengok bulan pula yer..insyaAllah hari ini juga hamba turut serta
Nasz : berlatih sambil bersenam dan cergaskan badan =)
Wak Gelas™ : muda2 ni memang jelita lagi setakat ini..haha
theseventhmuhammad :insyaAllah jika ada akan hamba khabarkan..tapi hamba ni jarang berjalan2 dan kurang tahu mengenai tempat2 best
Untung makcik kedai tu....diserbu rakan2 senamrobik yg memang tengah lapau ni....hihihihi.
Aku pun suasana sebegini....huhuhuhu.
Bestnya belajar..
Hanif Idrus : batul kata tuan hamab..untung kedai makan tu..huhu
untunglah 3no....ingat masa kat maktab dulu...gadis - gadis yang gi mengorat kami...heheheh
best nye dapat bersenam. pas tu enjoy pulak. lama dah tak bersenam
wah..mengamit kenangan betullah tengok gambar dalam entry ni..teringat sahabat2 ecah time makan kat restoran mamak lepas habis praktis senamrobik(time praktikum dulu..huhu)
http://violetungupurple89.blogspot.com/2012/07/practise-senamrobik-1-murid-1-sukan.html
Kancil 8349 : apa yang untung sahabat?? hamba di IPG sejenis
wantie : sahabat main dengan anak-anak tu dah kategori bersenam..hehe
Ecah Shaimi : memang seronok...pasti menjadi kenangan seumur hidup =)
Post a Comment