Assalamualaikum sahabat-sahabat hamba...
Alhamdulillah rezeki hamba melimpah dek kebaikan hati sahabat hamba yang mengotakan janjinya untuk melakarkan doodle buat sahabat dan termasuklah hamba...
Walau warna mata tidak memenuhi kehendak yang dipinta namun hati ini tetaplah suka dan gembira dengan kecomelan doodle tuan yang empunya...
Walau warna mata tidak memenuhi kehendak yang dipinta namun hati ini tetaplah suka dan gembira dengan kecomelan doodle tuan yang empunya...
Maka hamba juga mahu menghadiahkan sahabat hamba..En.Alif sebuah puisi yang direka khas...
Tidak berpijak detakan kaki
Meliuk mengikut gerak hati
Menggoncang salasilah didiami
Menyelusuri diruang sanubari
Inilah girang tak terucap
Kata sungguh tiadalah tergambar
Damai yang dititip saban hari
Kujilid kemas ke hujung nadi
Tatapan sinar cenderamu
Memaku gerak tariku
Seolah citra kental wibawa
Mengolah daya penuh bijaksana
p/s : Maaf andai puisi "Tak Terungkai Kata" tidak sehebat dodol pemberian tuan hamba
6 comments:
smpai camtu skali sukenya.. haha
terima kasih yg tak terhingga atas coretan yang penuh bunga dan kiasan ni...terharunya hamba...huhuhu..
tuan hamba,
ini doodle untuk hadiah segmen kritan dan pandangan. bukan doodle dari hadiah Request doodle Alif Ismail. yang request doodle tu baru hamba akan buat mengikut ciri2 warna mata idaman...huhuhu...
maknanya hamba berhutang 1 lagi doodle tuna hamba.
comel jee kan..terima kasih suka melawat blog kita
sgt2 comel :)
keri ikhwan : sakan tuan hamba gelak yer..mestilah hamba suka..comel ni..heheh
alif ismail : (^_^) tak sabar rasanya nak dapat doodle lagi satu dari tuan hamba
merahitujambu : halaman tuan hamba juga comel..sebab tu hamba suka ke sana
Dylla Abas : sangat3...!
Post a Comment