Thursday 17 January 2013

Wang vs Ikatan Keluarga

Assalamualaikum sahabat...

   Pernah atau tidak sahabat mengalami perselisihan faham dalam keluarga sebelum ini? Cuba sahabat kaji semula punca kerap berlakunya salah faham dan pertelingkahan dalam keluarga...

   Pada pandangan hamba melalui pengalaman di sekeliling, kerap kali pertelingkahan kecil atau pergaduhan berlaku apabila perihal wang ringgit yang dipersoalkan...sama ada kes mengungkit jasa lama melalui wang mahupun kes perebutan harta pusaka yang juga dinilai melalui wang...

   Dari hal itulah hamba sebolehnya cuba mengelak daripada mendapat bantuan kewangan daripada keluarga, terutamanya dalam kalangan adik-beradik..yakni mempunyai hubungan darah paling dekat...sebolehnya hamba tidak mahu kami adik-beradik bertelingkah semata-mata hanya kerana wang ringgit yang tidak boleh dibawa ke mati...cukuplah kiranya hamba meminjam sahaja wang mereka sekiranya   kewangan hamba terlalu terdesak dek tidak mahu pula menyusahkan ayahanda yang semakin ditelan usia...dan tiba masanya akan hamba segera melunaskan segala hutang tersebut agar tidak tertangguh dan tidak pula diungkit..

   Namun terkilan dan sedih juga dek terkadang ada juga yang mementingkan wang daripada ikatan keluarga..tika ulu hati mecucuk pedih..hamba hanya mampu diam dan beristighfar panjang...betapa wang boleh mempengaruhi segalanya.....


p/s : Walau sama darah..belum tentu hati juga sama...

12 comments:

Unknown said...

betul...manusia boleh jadi kabur dgn wang...lupa diri lupa keluarga.....

Nadia Johari said...

duit boleh buat kite lupe diri

Unknown said...

duit mmg boleh buat mnusia buta hati..sedih kn...

vendoline said...

Byk dh tengok perkara mcm ni..Wng lg pnting dr keluarga

3no gr33ny said...

Remy hazza : walaupun wang hanya untuk dunia semata-mata

3no gr33ny said...

Nadia Johari : belum tentu duit itu boleh dibawa ke mati

3no gr33ny said...

Mira Adzlia : sangat menyedihkan andai ikatan keluarga boleh dipajak gadai dengan wang

3no gr33ny said...

Edy Fee : banyak tengok dan punya pengalaman sendiri

Unknown said...

dek kerana duit jugalah penyebab kepada keruntuhan sebuah ikatan kekeluargaan...

3no gr33ny said...

Alif Ismail : hamba sokong 100%

Kancil 8349 said...

kancil dah jumpa keluarga jenis macam nie...apapun...biarlah dia dengan hidup dia...insya Allah tuhan akan tunjukkan mereka...

Dylla Abas said...

setuju bila wang dikatakan slh 1 punca p'telingkahan dlm keluarga..hmm,susah bila hati b'tuhankan wang ni kan..keluarga sendiri boleh jd musuh..

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail