Assalamualaikum buat semua yang sudi mengunjung ke teratak halaman hamba...
Tiba-tiba je hamba terfikir bahawa pentingnya untuk kita mengetahui perbezaan antara keperluan dan kehendak supaya perbelanjaan lebih terkawal...Untuk pengetahuan tuan hamba sekalian, keperluan adalah sesuatu yang perlu ada kerana kita tidak boleh hidup tanpanya..Kehendak pula sesuatu yang boleh memuaskan naluri dan keinginan kita..Sebegitulah lebih kurang makna yang hamba cuba caknakan sendiri beberapa minit yang lalu..heee...
Oleh itu..setelah mengenalpasti kehendak dan keperluan, kita juga harus bijak membuat perancangan..Dalam membuat perancangan, beberapa perkara harus difikirkan semula..tidak kiralah perkara yang kita lakukan itu besar atau kecil. Lebih banyak pilihan yang kita ada, lebih peluang untuk kita mendapatkan perancangan yang sempurna..Hah..gitula!
Maka terdapatlah lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan..Pertama-tamanya kita harus menilai kedudukan kewangan kita sekarang..Tepuk kocek, tanya selera..Keduanya kita perlu juga menetapkan matlamat kita..iaitu apa yang kita perlukan..Ketiganya pulak ialah menyediakan pelan kewangan..belanjawanlah tu..Keempat pula melaksanakan pelan tersebut dan akhir sekali..Kelima..membuat pemantauan dan penilaian semula.,betul idak apa yang dah dirancang sebelum ini..
Tapi al-kisahnya hamba ini..masih kurang keimanan dalam diri sehinggakan antara keperluan dan kehendak pon hamba masih terkapai mahu membezakan..Nak dijadikan ceritanya pula..Maka membazirlah hamba pada hari ini dek memenuhi kehendak sendiri di pasar tadi bersama kakak hamba yang berkongsi nasib yang sama..Hari ini saja wang hamba melayang hampir RM200 jugak..adoiii..membazirnya..huhu...Nasi dah jadi bubur Jah oiii....!
Nah..inilah dia..! |
10 comments:
kadang2 sengaja meng'kategori'kan kehendak tu sebagai keperluan supaya yg diingini tu dapat ditunaikan..hehe
Dylla Abas: kadang2 ada jugak buat macam tuh..huuhu
hehehehe...macam belajar balik ekonomi asas tingkatan 4...ndak mengapa...yang penting perkongsian ilmu...betul tu...kekadang kehendak tu dianggap keperluan
mana lg penting ek? keperluan ke kehendak? hehe
Kancil 8349 : tapi mesti xpuas hati kan kalau kehendak xdipenuhi..
iMBobo : tanpa kehendak..keperluan tu ada x agak2nye ek.. (tanye soalan balik pulak kan..hehe)
assalamualaikum 3nogr33ny....kalau itu keperluan ianya x akan jadi membazir kerana semua tu adalah utk kegunaan yg pentingkn...:)
nasi dah jadi bubur. hehe. sabar je la. pasni, bleh buat lagi ye? hehehe.
gilo mu..? 200? x saye duit sungguh..
aku pun, kadang2 kena jugak gini.. bila klabu mata tengok benda
gilo mu..? 200? x saye duit sungguh..
aku pun, kadang2 kena jugak gini.. bila klabu mata tengok benda
Post a Comment