Monday, 10 October 2011

Ulasan SEKALI LAGI

Petang nan hening sebelum melangkah ke dewan peperangan kertas English Language And Proficiency, sempat hamba menjamu mata dengan cerita Sekali Lagi sambil mulut mengecapi nikmat Nasi Goreng Cendawan. Sesungguhnya hamba tidak menjamah buku untuk mengulangkaji walau sedikit pon tadi..kuang3...

Tapi terkilan akan hamba dengan pengakhiran ceritanya..wanita itu tidak rujuk sang lelakinya kembali dan nikahi pula lelaki lain waima sudah mengetahui akan sebab kenapa dia ditinggalkan dulu..anaknya juga sayang akan si bapa itu walau autistik sudah jadinya dek penyakitnya dulu..dan rasa itu terbawa pula ke dewan tempat bertarung...sudahlah English hamba agak lemah..huhu..alahaiii...sabau jelah!

Pada hamba..

jika benar cinta sejati
segunung dugaan sanggupku depani
jika benar cinta datang dari hati
kan aku terima seadanya kamu sampai hari mati

jika sungguh ini adalah cinta
curahilah dengan kesetiaan jujurmu
jika sungguh dalam hati ada rasa
sayangilah aku tanpa jemu

pinta aku pada kamu
kongsilah segala duka
pinta ku pada hatimu
kasihanilah aku bukan dengan berahsia

terlanjur aku menyayangi dirimu
janganlah kau sembunyikan segala duka
terlanjur aku mencintai kamu
janganlah kau biarkan aku bermain teka




15 comments:

NasZ said...

tak tengok lagi cite ni. tapi adik ada cite.

MOHD NASER.com

3no gr33ny said...

tengoklah..best gak..cuma ada beberapa perkara je cam xlogik

Kancil 8349 said...

kancil dah buat sesuatu untuk blog ini...jomlah terjah

http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/blog-pilihan-kancil-blog-3nogr33ny.html

Tentang Kita said...

x tgk pun citer nie lg....husband dh 2 3 kali ulang tayang...

Ayuni said...

cantik blog nie!

3no gr33ny said...

Tentang Kita : rugi tau xtgk..hehhe

Ayuni : toche2 =)

SyafiQ aHaDin said...

nice header! lagu pun sedih! menyayat hati.

Dropping by!

3no gr33ny said...

SyafiQ aHaDin: terimas sahabat =) ..

aleen aiden said...

dah tengok juga cerita ni.sedih boleh tahan...hu3

Gen2Merah said...

3no gr33ny----> saya suka dengan susun atur ayat dalam blog ni.. penceritaan kamu memang best.. caiyo caiyo... teruskan menulis ya

3no gr33ny said...

aleen aiden : hamba sebagai bakal guru kanak-kanak berkeperluan khas tersangatlah hiba bila ada yang masih memandang golongan autistik sbegitu..melupakan cinta semata penyakit yang tidak diharapkan oleh dirinya...

3no gr33ny said...

Gen2Merah : janganlah tuan hamba terlalu memuji..janganlah tuan hamba buatkan hamba berbangga diri..hamba menulis hanya dari hati

3no gr33ny said...

fiezah91 : boleh bg cadangan x tulisan apa yang mudah nak baca tu...

[sutera kasih] said...

sy x berapa nk fhm hjg cerita, so lisa x kawen ngn sam la? kesian sam..

3no gr33ny said...

[sutera kasih] : ha'ah..kesian kan..pada hamba..biarlah dia sudah sebegitu..yang hamba tahu..dye sanggup ambil risiko untuk hidup sebegitu demi insan yang dia sayang..dan yang pasti..cinta dalam hati kita yang masih kekal normal ni senantiasa dibajai mekaran kenangan lama

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail