Monday, 31 October 2011

Anugerah Cinta Yang Maha Kuasa




Tuhan tidak memberikan orang yang kita mahu
Dia memberikan kita orang yang kita perlu
Untuk membantu kita..
Mengasihi kita...
dan serasi dengan diri kita...
Yang telah dijanjikan dalam takdirNya

Andai takdir membawa dukacita dalam jiwa
Janganlah kita pernah takut melepaskan cinta
Ternyata itu bukan hak milik kita
Lepaslah rasa dengan rela dan redha

Maka kita akan bisa bahagia
Walau tanpa bersama cinta
Kerana Dia pasti gantikan yang hilang

Dia Yang Maha Pengasih
Takkan pernah akan biarkan kita sendiri.....

Study Week VS Mood Raya

Assalamualaikum tuan hamba pengunjung tegar halaman hamba..hamba doakan moga kalian senantiasa berpayung di bawah limpahan rahmat Yang Esa (^_^)

Pulangnya hamba ke kampung baru-baru ini sungguh menghakis Mood Study yang sepatutnya hamba rasai pada minggu ini..
Seminggu bercuti Deepavali
Lima hari kemudian...
Empat hari hamba pulang lagi
Bercuti di Raya Haji

Lombu sapo tah den amik ni

p/s : Tuan hamba sahabat hamba sekalian ada tak rasanye petua mengembalikan Mood Study hamba yang sudah hilang ini??


Sunday, 30 October 2011

Jom join BLOGLIST laman-ayahsu November

Assalamualaikum buat tuan hamba yang sudi singgah di halaman hamba...

laman ayahsu
Nak ikuti segmen ni x..tekanlah kat banner eah
Kalau nak kenal empunya segmen..hamba bukanlah siapa pon yang mampu mencirikan manusia..Jadi sama-samalah kita ke halaman Ayah Su yer..Moh ler kite..!

p/s : Hamba kepenatan sepanjang hari dan tidak termampu untuk berkongsi lebih dari yang satu ini...

Friday, 28 October 2011

Hati Nan Gelisah

Resah bertandang tak sudah
Kerisauan membatasi segala madah
Kencangan degupan ternyata menang
Gelodak rasa memusuhi ketenangan
ni bukan
hamba punyer
(T_T)

Wahai hati
Tolonglah berhenti
Janganlah sebegini
Mengapa ada debar lagi

Tak termampu aku tanggungi
Selimpah dugaan yang ini
Kerna hanya itu mampuku miliki
Hilangnya tidak berpengganti








p/s : Doakan keselamatan perjalanan hamba pulang ke tempat pengajian esok pagi

Thursday, 27 October 2011

KHAMIS yang tidak berkata-kata

Assalamualaikum sahabat semua...
Tuan hamba kalian dah baca Yassin ke belum malam ni...?



p/s : bacalah Yassin wahai sahabat, sebelum orang lain bacakan untuk kita

Wednesday, 26 October 2011

✿◕ ‿ ◕✿ Andai Diri Kecewa ✿◕ ‿ ◕✿



:: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
(-_-) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN

:: sebab......?? ::
(-_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
(-_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
(-_-) - Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

(-_-) - Sebab ?

♥ Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita

InsyaAllah ◕‿♥

p/s : hamba dapat petikan ni dari laman muka buku sebagai perkongsian dengan jiran  di halaman hamba

EGO

Assalamualaikum buat semua yang sudi menjengah halaman hamba...

   Hamba baru saja menyudahi penjelajahan sebuah novel cinta dan tersentuhlah hati hamba untuk mempersoalkan isu ini berikutan kebanyakkan novel yang sudah berjaya hamba tamatkan..watak wanitalah yang merendahkan ego mereka kepada yang tersayang..sedangkan jelas segala kesalahan dan kekhilafan dalam perhubungan bermula dari ego seorang lelaki..wajarkah wanita menjadi sebegitu remeh buat kaum adam? Sungguh hamba kurang berpuas hati..Maka hamba bawakan perihal ini ke sini untuk renungan dan perbincangan bersama...

   Jadi hamba bawakan statistik yang agak boleh diguna pakai iaitu 70% tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti dalam keadaan istirehat..Manakala otak wanita 90% tenaganya akan tetap bekerja...dan inilah sebabnya wanita lebih cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu masa yang sama…jadi kajian menunjukkan wanita lebih bersifat rasional dari lelaki…tiada kompromi lagi yer..heee.....

   Setelah diteliti..maka hamba jelas bahawa ego lelaki dan ego wanita sangat berbeza..Ego lelaki lebih kepada tujuan untuk menundukkan wanita…lelaki lebih suka menggunakan kuasa veto untuk menguasai wanita... Kadang kadang lelaki ego sebab control macho dan bertindak seolah2 mereka mampu melakukan apa sahaja…betul dak apa yang hamba huraikan ni..hurmmm.....(-.-)


   Pada hamba..perempuan selalu ego untuk menyorokkan perasaan malu…bila sesebuah hubungan bergolak, perempuan mungkin lebih emosional..Jadi untuk memaafkan pasangan dan ingin menunjukkan semula perasaan sayang kepada pasangan..perempuan malu dan berlagak konon mereka langsung tidak hirau dengan hubungan tu…Tetapi sebenarnya malu untuk mengaku yang dia masih sayangkan pasangannya…Itu la ego seorang perempuan..Apa yang dilahirkan dari kata-kata bukan yang sebenarnya lahir dari hati..Mulut cakap benci..tapi hati kata sayang..Barangsiapa yang menyokong, sila angkat tangan!

   Sudah pon memang fitrah kejadian tuhan mencipta perempuan dengan sifat sensitif dan ingin dimanjakan…sepatutnya lelaki cuba memahami dan menahan panas baran dengan lebih berhemah supaya tiada kata-kata yang boleh menyakitkan hati sepanjang komunikasi dalam menangani sebarang isu atau pertikaian..Jika tidak, ego wanita akan lebih tinggi dari lelaki..Mengalah dengan wanita yang dilambangkan lemah..tak salahkan (^_-)


   Cuba tuan hamba perhatikan sikap iblis yang diarahkan Allah SWT untuk sujud kepada Nabi Adam. Namun, ia enggan sujud kerana sifat ego dan juga sombong. Lalu Iblis menjadi golongan yang ingkar dan kufur kepada Allah SWT...
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir(al-Baqarah: 34).
   Mengapa timbul rasa ego dalam diri iblis? Sebabnya, iblis merasa dirinya lebih baik daripada Adam yang dicipta daripada tanah. Sedangkan iblis dicipta daripada api.
Bagi menghuraikan lebih lanjut sikap ego iblis, Allah berfirman yang bermaksud: Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (Saad: 76)
   Maka samalah sifat barangsiapa yang mempunyai keegoan yang tinggi dengan Iblis yang laknat..sama-samalah kita muhasabah diri wahai sahabat sebelum terlambat...
p/s : maaflah jika panjang pula hamba berleter kali ni..

RASA YANG TERBUANG


hilangkah sudah rasa kasih dalam jiwa
terbuangkah sudah rasa sayang dalam hati
terpinggirkah sudah rasa rindu dalam diri

bibir mampu tersenyum kala mendapat berita duka
bibir mampu ketawa bila mendapati dia juga hiba
bibir mampu tersunggil tika dapat membalas kata

berdosakah diri ini yang memulakan
berdosakah diri ini yang tidak memberi kemaafan
berdosakah diri ini yang tegar melukakan

menggores hati dia
mencalari hati sendiri
menusuk hati yang turut bersimpati

Tuesday, 25 October 2011

CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA

JOM RAMAI MASUK CONTEST
Entahlah mengapa hamba turut serta dalam contest ni..halaman hamba bukanlah cantik sangat..inilah pertama kali hamba menyertai contest sesama jiran ni..Sebetulnya hamba tidak mengharapkan apa-apa..Harap Gen2 Merah & Dylla juga dapat bersaing sama dalam contest ni..hehe...sebab keduanya antara sahabat baik hamba di teratak halaman maya ni..

Monday, 24 October 2011

Blog Aku Dan Follower

Andai berminat menyertai..klik pada banner di atas
   Ikutkan penganjur segmen ni..hamba perlu mengemukakan 2 follower terawal atau sahabat pertama dan kedua hamba di halaman tercinta hamba ini..Jadi setelah dirujuk semula..Sahabat terawal hamba adalah sahabat hamba sejak zaman muda mudi dahulu iaitu Zulfattah..Keduanya pula sahabat hamba di tempat pengajian kini..Malah berkongsi bilik pulak dengan hamba selain menuntut ilmu di dalam satu bilik yang sama yang diberi nama Anisah...

   Arakian daripada itu..hamba juga diwajibkan memberi 2 follower hamba yang dikategorikan best..Pada hamba..semua sahabat yang sudi bertandang ke halaman hamba ni best..tapi untuk memenuhi syarat empunya segmen..hamba pun memilih berdasarkan trafik halaman hamba..Maka dengan ini hamba perkenalkan pemenang anugerah follower hamba yang terbest ialah.....Kancil 8349 & Moon-Keyz World a.k.a Zulfattah..

   Penutup kalam segmen ni..hamba dikehendakkan menyenarai 2 follower terakhir halaman hamba ni..Jadi pabila sudah memerhatikan sejak detik saat hamba mengarang segmen ni..Maka secara rasminya follower hamba yang ke-52 dan 53..hamba julangi kehadiran mereka dalam teratak hamba iaitu Cinnamon.com & Santri T.P.I.N.I...

p/s : sesungguhnya tanpa tuan hamba sekalian sebagai sahabat..siapalah hamba di teratak halaman ini

antara Keperluan dan Kehendak

Assalamualaikum buat semua yang sudi mengunjung ke teratak halaman hamba...

   Tiba-tiba je hamba terfikir bahawa pentingnya untuk kita mengetahui perbezaan antara keperluan dan kehendak supaya perbelanjaan lebih terkawal...Untuk pengetahuan tuan hamba sekalian, keperluan adalah sesuatu yang perlu ada kerana kita tidak boleh hidup tanpanya..Kehendak pula sesuatu yang boleh memuaskan naluri dan keinginan kita..Sebegitulah lebih kurang makna yang hamba cuba caknakan sendiri beberapa minit yang lalu..heee...

   Oleh itu..setelah mengenalpasti kehendak dan keperluan, kita juga harus bijak membuat perancangan..Dalam membuat perancangan, beberapa perkara harus difikirkan semula..tidak kiralah perkara yang kita lakukan itu besar atau kecil. Lebih banyak pilihan yang kita ada, lebih peluang untuk kita mendapatkan perancangan yang sempurna..Hah..gitula!

   Maka terdapatlah lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan..Pertama-tamanya kita harus menilai kedudukan kewangan kita sekarang..Tepuk kocek, tanya selera..Keduanya kita perlu juga menetapkan matlamat kita..iaitu apa yang kita perlukan..Ketiganya pulak ialah menyediakan pelan kewangan..belanjawanlah tu..Keempat pula melaksanakan pelan tersebut dan akhir sekali..Kelima..membuat pemantauan dan penilaian semula.,betul idak apa yang dah dirancang sebelum ini..
   
   Tapi al-kisahnya hamba ini..masih kurang keimanan dalam diri sehinggakan antara keperluan dan kehendak pon hamba masih terkapai mahu membezakan..Nak dijadikan ceritanya pula..Maka membazirlah hamba pada hari ini dek memenuhi kehendak sendiri di pasar tadi bersama kakak hamba yang berkongsi nasib yang sama..Hari ini saja wang hamba melayang hampir RM200 jugak..adoiii..membazirnya..huhu...Nasi dah jadi bubur Jah oiii....!

Nah..inilah dia..!

Sunday, 23 October 2011

Segmen Kancil8349 : Kartun Animasi Yang Paling Korang Suka

Jika berminat..kliklah pada banner kat atas yer..tak rugi..!
     Pertamanya...hamba teramatlah suka akan kartun Dragon Ball & Sailormoon..al-kisahnya dari kecik sampailah sekarang..tidak adalah kartun setanding dengan kartun yang hamba minat itu walau secanggih mana pun kartun yang bermacam ada pada zaman sekarang..

     Dragon Ball & Sailormonn..kedua-dua ada kelebihan masing-masing..sebab itulah hamba tidak dapat membuat pilihan antara dua ini sebab zaman muda mudi hamba terdahulu..rancangan Dragon Ball adalah selepas cerita Sailormoon..Maka mengadaplah hamba beberapa jam melekat di depan TV di rumah hamba...Dua-dua kartun ni banyak aksi yang orang putih cakap unexpected..
1) Sailormoon yang boleh bertukar..Goku pon sama bila tengok bulan
2) Ada terselit kisah cinta cintun
3) Kartun Jepun memang comel (UPIN IPIN pon dah setanding sekarang)
4) dan banyak lagi..huhu

     Kedua-duanya hamba mula minat sekitar hamba berumur 7 tahun..tapi Dragon Ball mendahului Sailormoon disebabkan abang hamba yang suka membeli komik dan hamba mula membaca komik sejak hamba mula pandai membaca..Hamba ini tersangatlah cepat belajar membaca dek kakak dan abang yang sudah terlalulah besarnya sudah saat hamba kecik dulu..Manakan tidak..abang sulung hamba sudah mencecah 41 tahun sekarang ini..huuhuu...

     Watak paling best dalam kartun Dragon Ball mestilah Goku..hamba ikuti kisahnya sejak dia kecik sampailah beranak pinak jadinya..dan hamba pula masa itu kecik jugak..idak besar-besar macam perkembangan watak dalam cerita..dan Sailormoon pulak..mestilah hamba minat Puteri Bulan tu..hamba masih ingat lagi kata-katanya bila siap bertukar.. "dengan kuasa bulan..akan menghukum mu!"

DRAGON BALL
SAILORMOON

10/15


Kepulangan hamba ke kampung kali ini kurang bermakna dek tidak dapat bertemu dengan anak buah hamba yang berdua ini..Maka tinggallah 10/15..lagi tiga di Nilai juga tidak pulang tetapi mereka sudah selalu hamba bertemu mata bila hamba kelapangan dan ke sana..

Bukan hamba memilih kasih..Tapi hamba hanya ada tiga anak buah dari kakak sendiri..selebihnya dari kakak ipar hamba..Jadi kami tidak berteduh di bawah satu bumbung dan rumah ini hamba rasakan kurang berseri tanpa hingar tawa anak-anak..lagi seorang anak buah hamba yang di rumah ini sudahpun meningkat remaja..malah lagi besar dari hamba..huhuhu..Manakan boleh mahu bergurau senda..Kini telah pun di tingkatan dua...

ASHRAFF

DAMIA

Wednesday, 19 October 2011

RABU yang tidak berkata-kata...


Doakan hamba agar segala perjalanan MUeT pada esok harinya berjalan dengan lancar..
Moga-moga Dia mempermudah dan melicinkan tutur bicara hamba dengan seribu segala fikiran yang meyakini langkah perjuangan nanti...


Monday, 17 October 2011

Pertunangan Kak Lang Sahabat Hamba Di Keratong, Pahang

~Inilah aktiviti hamba dihujung minggu baru-baru ini yang menghalang hamba mengemas halaman hamba ini~

Terberangan pulak!


Bersama Si Tunang
Bersama Hantaran

Keberangkatan Pulang


p/s : maaf..bukan hamba tidak sudi berkongsi gambar sebenar..tetapi hamba hanyalah hamba..bukan mahu mempromosi nama atau diri hamba yang hina ini


JUMLAH PENGUNJUNG HALAMAN HAMBA


tepat jam 1.35 am

pada 17 Oktober 2011


Ketibaan Tuan Hamba

01111 


~ hamba sungguh terharu melihat angka pengunjung halaman hamba~
~terima ksih buat semua yang senantiasa tidak jemu bersahabat dengan hamba~
~hamba hanya mampu mengabdikan penghargaan buat para sahabat dalam entri hamba ini~

Bukan Itu Pintanya

pabila ditanya
lancar saja bibir itu menutur cerita
walau hatinya tahu dia akan berduka
lain pula lahir dari katanya
yang disebut hanyalah yang baik belaka
diungkitnya yang manis sahaja
seperti hati dia tidak pernah digores cintanya

usai mengungkit kisah lama
mereka saling memejamkan mata
hanya si penglipur lara yang masih terjaga
berselindung dibalik gebarnya
menutupi wajah yang digenangi air mata
menenggelami esakan halus dirinya

tidak salah lagi sangkaan
tidak salah lagi tanggapan
bukan itu pinta dia
bukan itu hendaknya
dia hanya tahu mencinta
sehingga akhirnya.....


Sunday, 16 October 2011

Hanya ini yang mampu hamba kongsikan...

Setelah beberapa lamanya hamba tidak berkongsi rasa dan segala di sini dek kesibukan yang melampau..hamba cuba untuk berkongsi pekerjaan hamba yang sibuk itu..TARIAN + BOLA BALING + PEPERIKSAAN + KENDURI DI RUMAH SAHABAT dan bermacam lagi..

Maka hamba cuma mahu berkongsi beberapa persembahan tarian yang telah hamba jayakan bersama ahli tarian hamba yang lain sepanjang dua minggu ini sempena Program Sukarelawan Muda Mudi ( VIP : Yang Berhormat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) & Minggu Kokurikulum di tempat pengajian hamba..

Terdapat tiga jenis tarian kesemuanya...akan tetapi hamba sungguh terkilan dek tidak dapat berkongsi dengan para sahabat disebabkan saiz videonya yang terlalu besar..

Serakian itu..hamba dengan rasa terkilan..hanya mampu berkongsi video sem lepas..saat hamba dan rakan-rakan menyertai Pertandingan Nasyid Minggu Penghayatan Islam dan mendapat johan..sekaligus menjadi pelapis nasyid di tempat pengajian hamba ini..


video


p/s : maaf andai perkongsian ini menyakitkan telinga para sahabat

Wednesday, 12 October 2011

Kesilapan Yang Lalu

Kesilapan aku
Hanya mencintai kamu sepenuh rasaku
Kekhilafan aku
Hanya kerna tidak dapat melupakan bayangan mu
Kesyukuranmu
Jangan hanya sementara waktu
Kehadiranmu
Jangan  hingga menghilang dari hidupku
Kepedihanku
Biar disimpan dalam memori lalu
Kesakitan
Biar saja dirasai aku


lirik lagu : ISTIKHARAH CINTA

Lirik lagu ini hamba pamerkan khas buat sahabat yang datang melawat di halaman hamba..silalah menyanyi ek sambil menitip tulisan di halaman ini...hanya ini yang mampu hamba hulurkan buat sahabat yang sudi berkunjung..mengikut kiraan hamba..ramai sahabat hamba yang suka akan lagu ni..jomlah nyanyi.....

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta...

Monday, 10 October 2011

Ulasan SEKALI LAGI

Petang nan hening sebelum melangkah ke dewan peperangan kertas English Language And Proficiency, sempat hamba menjamu mata dengan cerita Sekali Lagi sambil mulut mengecapi nikmat Nasi Goreng Cendawan. Sesungguhnya hamba tidak menjamah buku untuk mengulangkaji walau sedikit pon tadi..kuang3...

Tapi terkilan akan hamba dengan pengakhiran ceritanya..wanita itu tidak rujuk sang lelakinya kembali dan nikahi pula lelaki lain waima sudah mengetahui akan sebab kenapa dia ditinggalkan dulu..anaknya juga sayang akan si bapa itu walau autistik sudah jadinya dek penyakitnya dulu..dan rasa itu terbawa pula ke dewan tempat bertarung...sudahlah English hamba agak lemah..huhu..alahaiii...sabau jelah!

Pada hamba..

jika benar cinta sejati
segunung dugaan sanggupku depani
jika benar cinta datang dari hati
kan aku terima seadanya kamu sampai hari mati

jika sungguh ini adalah cinta
curahilah dengan kesetiaan jujurmu
jika sungguh dalam hati ada rasa
sayangilah aku tanpa jemu

pinta aku pada kamu
kongsilah segala duka
pinta ku pada hatimu
kasihanilah aku bukan dengan berahsia

terlanjur aku menyayangi dirimu
janganlah kau sembunyikan segala duka
terlanjur aku mencintai kamu
janganlah kau biarkan aku bermain teka




"SEGMEN NASZ : MEH KRITIK BLOG GUA"


sesiapa nak dikritik jugak..klik pada banner ek


hamba suka kalau ada yang sudi mengkritik halaman hamba dan memberi pendapat untuk penambahbaikan
memandangkan hamba ini baru sahaja di teratak halaman hamba ini
hamba terima segala idea para sahabat
'mucho gracias' pada tuan segmen
pantun ni dikarang khas untuk segmen tuan hamba =)


hati rawan jiwa tertekan,
duduk di laman selalu berangan;
fikiran tuan hamba tadahkan,
sebagai pedoman teratak kesayangan.


Sunday, 9 October 2011

Segmen Jom Terjah Blog Newbie

kalau tuan hamba juga mahu serta..klik pada banner yer



Empunya segmen minta hamba sediakan entri terbaik hamba..
Jadi hamba suka untuk memilih entri Frasa Kematian
Walaupun xbanyak komen sahabat
Tapi pada hamba...
Puisi nan satu itu terkandung seribu satu makna pada hamba
Terselit kenangan bersama arwah ibu hamba
...peninggalan sahabat hamba yang sering berkongsi duka
Mengingatkan hamba akan mati
Membuatkan hamba berhati-hati melangkah dalam duniawi
Dan lagu pada entri itu juga antara lagu kegemaran hamba
Cuba hayati setiap bait lagu tu..
Serasa meremang sahaja
Mengenangkan entah bila ajal kita

segmen: jom hargai sahabat

barangsiapa mahu mengikuti segmen ini..klik pada banner yer


hamba buntu mahu menceritakan tentang sahabat
hamba memang banyak berkawan
tapi kawan ini datang hanya tika susah
saat senang kita pasti akan dilupakan

hamba lebih senang untuk menghargai sahabat di halaman hamba ini..maka tersebutlah al kisah..sahabat hamba nan satu ini asalnya dari sabah..hamba suka melewati halaman sahabat ini kerana sahabat hamba ini juga menghargai persahabatan....dan hamba akan setia mengikuti perkembangan sahabat hamba ini..


klik pada gambar untuk ke halaman sahabat hamba



Saturday, 8 October 2011

Bilik Rehat Kediaman Dang Anum

Inilah hasilnya setelah dikenakan sentuhan tangan hamba dan ajk kediaman yang sanggup membantu hamba semalam...Alhamdulillah syukur kerana segalan bebanan kerja mampu membuatkan hamba melupakan soal hati dan segala dukacita...Terima kasih buat sahabat yang senantiasa mendorong semangat hamba (^.^)

tempat beristirehat dan sudut bacaan

selamat menonton

tempat melayari sesawang & ulangkaji

syukur kehadrat Dia
ada juga yang menduga
halaman hamba xdapat dibuka
tapi alhamdulillah
segala dipermudahkanNya...
hamba berjaya harungi segala..

baru saja usai menyudahkan kerja kediaman
tidak terfikir pula terlantik menjadi orang kanan ketua kediaman
nanti hamba kongsikan hasil kerja hamba malam dan pagi ini
hamba mahu lelapkan mata
kasihan mata hamba
sudahlah banyak bersedih..
terpaksa pula bersengkang demi hamba menyiapkan urusan dunia

Friday, 7 October 2011

Pergilah dari hidupku

hembusan bayu seolah membawa rasa itu kembali
hidupku menjelmakan damai meresahkan jiwa ini
sudah lama aku meninggalkannya jauh dari hati
kenapa masih ada yang berbaki...

moga kukuhanku tidak rapuh
moga tabahku juga utuh
moga tembok ini tidakkan sekali akan runtuh

berlalulah dari hidupku
mengapa dulu hadirkan cinta di hatiku
kuharap ketidakhadiranmu dulu


Saturday, 1 October 2011

Aku & dia

sekilas diri terpandang dia
hampir tersungkur menahan kantuk
menahan saja tawa
membiarkan rasa berlalu pergi
risau juga kalau ada terasa di hati

mulut yang kecil itu menguap lagi
tapi jemarinya masih terus menari
banyak curahan rasa barangkali
kelihatan amat kerutan didahi
adakah masih menahan katupnnya sang mata

ku intai di sebalik tirai rambutnya
yang masih bugar tidak seperti si empunya
namun kerlipan alis mata dia
mendamaikan hati yang bergelora
kutenung lama di situ tanpa malu
terpancar sebuah rindu

tapi sayang
rindu itu bukanlah pada diriku
itu sudahku tahu dari dulu
sebermula hati diragut cinta pertama dia
yang membuahkan kesakitan duka

puas juga mencuba
dan riangnya hanya seketika
nanti dia akan kembali dengan nestapa lama

paling dia padaku
menghalau lamunan diri
kusedekahkan senyuman yang penuh rabbani
menghilangkan degup rasa di hati

ku mencuri pandang dia lagi
mendalami persiratan sebuah analogi
diciptaku sendiri

dia zahirku
batinnya adalah aku

lahirnya aku dan dia dalam satu diri yang sama

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail