Wednesday 26 October 2011

EGO

Assalamualaikum buat semua yang sudi menjengah halaman hamba...

   Hamba baru saja menyudahi penjelajahan sebuah novel cinta dan tersentuhlah hati hamba untuk mempersoalkan isu ini berikutan kebanyakkan novel yang sudah berjaya hamba tamatkan..watak wanitalah yang merendahkan ego mereka kepada yang tersayang..sedangkan jelas segala kesalahan dan kekhilafan dalam perhubungan bermula dari ego seorang lelaki..wajarkah wanita menjadi sebegitu remeh buat kaum adam? Sungguh hamba kurang berpuas hati..Maka hamba bawakan perihal ini ke sini untuk renungan dan perbincangan bersama...

   Jadi hamba bawakan statistik yang agak boleh diguna pakai iaitu 70% tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti dalam keadaan istirehat..Manakala otak wanita 90% tenaganya akan tetap bekerja...dan inilah sebabnya wanita lebih cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu masa yang sama…jadi kajian menunjukkan wanita lebih bersifat rasional dari lelaki…tiada kompromi lagi yer..heee.....

   Setelah diteliti..maka hamba jelas bahawa ego lelaki dan ego wanita sangat berbeza..Ego lelaki lebih kepada tujuan untuk menundukkan wanita…lelaki lebih suka menggunakan kuasa veto untuk menguasai wanita... Kadang kadang lelaki ego sebab control macho dan bertindak seolah2 mereka mampu melakukan apa sahaja…betul dak apa yang hamba huraikan ni..hurmmm.....(-.-)


   Pada hamba..perempuan selalu ego untuk menyorokkan perasaan malu…bila sesebuah hubungan bergolak, perempuan mungkin lebih emosional..Jadi untuk memaafkan pasangan dan ingin menunjukkan semula perasaan sayang kepada pasangan..perempuan malu dan berlagak konon mereka langsung tidak hirau dengan hubungan tu…Tetapi sebenarnya malu untuk mengaku yang dia masih sayangkan pasangannya…Itu la ego seorang perempuan..Apa yang dilahirkan dari kata-kata bukan yang sebenarnya lahir dari hati..Mulut cakap benci..tapi hati kata sayang..Barangsiapa yang menyokong, sila angkat tangan!

   Sudah pon memang fitrah kejadian tuhan mencipta perempuan dengan sifat sensitif dan ingin dimanjakan…sepatutnya lelaki cuba memahami dan menahan panas baran dengan lebih berhemah supaya tiada kata-kata yang boleh menyakitkan hati sepanjang komunikasi dalam menangani sebarang isu atau pertikaian..Jika tidak, ego wanita akan lebih tinggi dari lelaki..Mengalah dengan wanita yang dilambangkan lemah..tak salahkan (^_-)


   Cuba tuan hamba perhatikan sikap iblis yang diarahkan Allah SWT untuk sujud kepada Nabi Adam. Namun, ia enggan sujud kerana sifat ego dan juga sombong. Lalu Iblis menjadi golongan yang ingkar dan kufur kepada Allah SWT...
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir(al-Baqarah: 34).
   Mengapa timbul rasa ego dalam diri iblis? Sebabnya, iblis merasa dirinya lebih baik daripada Adam yang dicipta daripada tanah. Sedangkan iblis dicipta daripada api.
Bagi menghuraikan lebih lanjut sikap ego iblis, Allah berfirman yang bermaksud: Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (Saad: 76)
   Maka samalah sifat barangsiapa yang mempunyai keegoan yang tinggi dengan Iblis yang laknat..sama-samalah kita muhasabah diri wahai sahabat sebelum terlambat...
p/s : maaflah jika panjang pula hamba berleter kali ni..

14 comments:

Ce'gu JAERA said...

hamba sungguh terharu utk membacanya satu demi satu.. betul juga kan.. Itu sebab Allah ciptakan Adam dan Hawa dengan berlainan sifat dan penampilannya. Untuk kita sama2 saling lengkap melengkapi....

Kayu Manis said...

Kerja Tuhan sukar di jangka dan aneh.

NisaMokhtar said...

oo yeah bicara karya :-)

Kancil 8349 said...

yang kurang akan dilengkapi oleh pasangan kita...sebab itu orang kata jangan jumpa api dengan api...makin maraklah ia...tapi carilah air untuk menyejukkan suasana...nice entri

Unknown said...

salam...

terkesima alif tatkala melihat header awk nih... memang cantik lah!!!


alif ego tak??? (tiba-tiba..)

3no gr33ny said...

Gen2Merah : sekalung terima kasih buat tuan hamba yang sudi membaca bebelan hamba tanpa melangkau mana2 ayat =)

btol la kan..setiap yang dijadikan Dia tersirat seribu satu makna dan pengajaran

3no gr33ny said...

cinnamon.com : segala di tangan Dia Yang Maha Pencipta..kita hanya mampu merancang saja

3no gr33ny said...

An'nisa Anisah : cuma membincanglan soal ego manusia

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : mintak tunjuk ajar dari cikgu kancil yang dah banyak pengalaman mengenai soal ni =)

3no gr33ny said...

alif ismail : w'slm..hahah..apa saja En.Alif ni yer..sudahlah agak lama hamba menukar header halaman hamba..

hamba bukan sesiapa yang mampu menilai ego seseorang..

Rean said...

tp perempuan bila dah dikuasai emosi nampak kelemahannye hehe..

3no gr33ny said...

iMBobo : sudah termaktub lumrah kejadian manusia..perempuan itu lebih beremosi dan sensitiviti yang kuat berbanding lelaki

Dylla Abas said...

angkat dua tangan!!

setuju sangat dengan entri ni.bab EGO ni merupakan topik hangat antara sy dgn si dia.setiap masa kata sy EGO.kadang-kadang sy sampai tak faham apa maksud EGO yg sebenarnya :)

p/s : nice entri

3no gr33ny said...

Dylla Abas : yesh..ada jugak yang menyokong..terima kasih sahabat..kita semua pernah melalui ni..jadi kita sepatutnya sedar siapa yang lebih egoo..yer dak?

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail