Assalamualaikum...
Maka seperti yang dijanjikan..kali ini hamba akan menukil mengenai Cerita Hutan, iaitu Mowgli yang terdapat dalam pembelajaran badan beruniform Pengakap Kanak-kanak...
Ceritanya bermula apabila seorang renjer hutan Inggeris di India yang masih dijajah India yang bernama Gisborne ketika itu menemui seorang pemuda bernama Mowgli yang memiliki kemahiran memburu dan menjejak yang luar biasa. Lalu diajaknya si Mowgli untuk menyertai perkhidmatan perhutanan. Lama-kelamaan, Gisborne tahu mengenai punca kebolehan luar biasa yang dimiliki Mowgli.
Al-kisahnya Mowgli asalnya tercicir oleh ibu bapanya di hutan akibat serangan harimau dan dijumpai oleh sepasang serigala. Mereka menggelarkan Mowgli si Katak tak berbulu. Shere Khan iaitu si harimau menuntut agar diserahkan Mowgli kepadanya tetapi ditentang serigala dan Mowgli pun dibesarkan mereka sehingga setanding dengan kekuatan serigala yang lain. Demikian itu, Shere Khan terus menganggap Mowgli sebagai buruannya sehinggalah Mowgli berjaya menghalau Shere Khan melalui kelemahannya, iaitu api.
Namun pada suatu hari, ketika mengembala kerbau, Mowgli dapat menghidu niat jahat si Shere Khan yang mahu membunuhnya. Ekoran itu, Mowgli mendapatkan bantuan dua ekor serigala yang lain untuk memerangkap Shere Khan menggunakan ngarai agar dapat diinjak-injak oleh rempuhan kerbau sehinggalah tamat riwayatnya. Akhirnya berjayalah si Mowgli menamatkan riwayat musuh ketatnya yakni sekaligus musuh ketat seisi hutan rimba yang dihuninya itu....
Begitulah Cerita Hutan yang diwar-warkan dalam Pengakap..dan hamba pula memainkan watak Mowgli waktu perkhemahan baru-baru ini..antara terpaksa dan rela..tarian hutan itu wajib dilaksanakan setelah selesai lakonan..awalnya malu tapi seronok pula..hehe
 |
Inilah Mowgli yang burn dek memasak di tengah panas waktu berkhemah..huhu |