Klik pada gambar untuk ke halaman empunya peraduan |
Pada awan nan biru
Kulakar kata-kata
Pada langit cerah itu
Kan ku panah segala cereka
Dengarlah duhai mentari
Suara hatiku yang sedang menyanyi
Menerbangkan jiwa
Merentasi warna-warni pelangi
Belum tiba giliranmu gerimis
Jangan lagi engkau menitis
Biarkan jalanan panjangku
Menjadi pentas luahan
Andai kau fahami hikayat ini
Seribu tahun belum terhakis
Sebagai arca pembuktian
Pengertian sahabat yang setia
Waima hanya kucing biasa
Aku tahu duka manusia
Mengerti juga hati mereka
Walau dianggap hanya hamba
p/s : hamba interpretasikan dari sudut fikiran Si Kucing
4 comments:
best la puisi ni... penuh makna..
cuma kurang faham rangkap pling bawah... kenapa kucing?
keri ikhwan : hamba interpretasikan puisi ini berdasarkan gambar dan hamba si pemuisi hanya sebagai kucing..ce tuan hamba tgk gmbr tu
puisi hikayat si kucing namanya.. hehehe.. pandai tuan hamba bermadah membuatkan hati hamba ini sedikit cemburu rasanya..
Faaein Talip Roy : maka cemburu lagilah hamba dengan rakan lain yang lebih hebat bermadah berbanding hamba
Post a Comment