Kata cinta darimu melukakan hatiku...
Sejak dari dulu
Hingga tiada sekelumit rasa
Dirimu masih menyeksa hatiku...
Hati ini juga mahu berhijrah...
Akhir doaku sebelum berundurnya sang mentari
Moga dapat aku lupakan dirimu dalam diri ini
Bila kala sudah terbenam matahari
Kupohon dariNya agar berikan aku kekuatan dan ketenangan diri
Agar kuperoleh segalanya lebih baik dari hari semalam yang meracau memori...
Telah kutanamkan azam baru
Akanku lupakanmu
Walau dalam doaku...
Ini tekadku!
Jangan khabarkan lagi padaku
Tentang pemergianmu
Pasti nanti hanya merampas senyuman di bibirku
Kerana bahagia masih belum kutemu
Maafkan aku andai aku terlalu ego dalam mencintaimu.....
Bukan dirimu tidak tahu kenapa kubiarkan kita sama merindu
Biarkan masa mengubati pilu
Mungkin dirimu bukan untukku
Begitu juga dengan diriku.....
p/s : Salam Tahun Baru Hijrah (^_^)
8 comments:
Salam Maal Hijrah Juga Diucapkan..
Fezz : (^_^)
Puisi Maal Hijrah yg jiwang.. haha
Lepaskan... andai itu yg trbaik ... tiada gunanya senyum jika tidak dlm redha-Nya, jika ada jodoh pasti akan kembali
keri ikhwan : inilah hijrah hati..terima ksih segala nasihat tuan hamba
salam maal hijrah buat tuan hamba...moga2 tahun baru ni hidup kita akan lebih diberkati ye :)
berhijrah lah.. mencari cinta yang lebih diredhai-Nya.. ^^,
Dylla Abas : suah terlalu lamalah hamba tidak mendengar khabar berita sahabat hamba yang sorang ini..moga kita sama2 dalam redhaNya
Faaein Talip Roy : moga bertemu hendaknya dengan yang lebih baik
Post a Comment