Tuesday 15 November 2011

Mata Berkedip??

Assalamualaikum...
   Alhamdulillah dapat jugak hamba menjawab soalan dalam dewan tadi dengan jayanya walau masa main-main lagi banyak dari mentelaah buku..huhu.....

   Berbalik hamba pada tajuk salasilah asal...maka sudah dua harilah mata hamba berkedip tidak sudah..bermacam cara jugalah hamba usahakan menghilangkan rasa bergerenyet ini tapi dapatan hamba hanya mata makin berair dan sedikit pedih..huuu.. (T.T)

   Selalunya bermacam-macamlah ujian daripada Yang Maha Kuasa tika sibuk menjalani ujian duniawi ni...dan hamba hanya mampu meredhai dan meledani ujian ni dengan tenang...sabar itukan sebahagian daripada iman (-.-") ---> (-_-) senyum paksa...

   Tidaklah juga hamba membisukan diri dek ketidakberjayaan menghilangkan kegedikan pada mata hamba ini..maka sibuklah si mulut ni menanyakan orang kampung sekeliling hamba mengenai mata berkedip..
Maka inilah jawapan yang hamba dengari.....

PAGI 
Hamba : Kenapalah mata berkedip eh?
Salju   : Mata kiri ke kanan?
Hamba : (orang tanye dia..kita dapat soalan balik) 
             Mata kiri...
Salju   : Something yang buruk nak berlaku biasanye..
----------> Maka sepanjang hari hamba tidak duduk senang memikirkan sesuatu yang tidaklah kita manusia dapat meramal..doa hamba hanya jangan Dia apakan keluarga serta ayahanda hamba...

PETANG
Hamba : Mata berkediplah dari pagi lagi...
Bulan : Ada orang rindu tu..
Hamba : (baru semalam hubungi ayahanda) 
            Kalau dirindu tu mata belah kiri ke kanan?
Bulan : Dua-dua pon sama
Hamba : (siapa punya angkara ni buatkan mata hamba 
            berkedip..hurmm..)
----------> Maka sayulah pulak hamba dek rasa terganggu dengan kenangan lalu yang membuahkan Kulupuskan Ingatanku ni...

   Pagi nan indah hari ini mengaburkan sakit hati dek mata kiri..sepulangnya hamba dari dewan barulah hamba sedari yang mata sudah tidak bergerak-gerak lagi...Terlintaslah fikiran hamba mencari punca saintifik pula dari bacaan...tekunlah hamba merewang ke sana-sini hingga melenguhkan seluruh sendi..mencari dan terus mencari dan dapat!

   Rupanya orang sains kata ini namanya Myokimia...adalah beberapa puncanya yakni tekanan, kelesuan, ketegangan mata, kafein, alkohol, kekeringan mata, ketidakseimbangan nutrisi & alergik...Maka hamba muhasabah balik diri hamba...
1) Tidaklah terlalu hamba tertekan
2) Tidak pernah pula hamba kelesuan
3) Mungkin mata sudah tegang dek "kerajinan mentelaah"
4) Sehari sekali maka wajiblah nescafe
5) Maka mintak dijauhkan dengan minuman memabukkan itu...
6) Sudah lama juga hamba meninggalkan kaca mata dek kurang selesa memakainya..hehe
7) Tidak disangkal pemakanan hamba tidak terkawal
8) Hamba pernah ada alergik eah?? (o.o")

   Arakian...boleh juga akal cetek hamba ini menerima pandangan orang saintis dek ada punca penyakit Myokimia pada diri hamba.....legalah hamba dari segala racauan fikiran yang bermacam sebelum ni...

   Nasihat hamba pada diri..janganlah hidup dalam keraguan dan kebimbangan kerana itu hanya permainan syaitan yang melalaikan..
Nauzubillah.....

Doa Rasulullah s.a.w:
Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu."
 p/s : Salju& Bulan bukanlah nama sebenar...

12 comments:

Dylla Abas said...

pernah dengar mata berkedip ni sebab ada orang rindu.tapi,tak tahu la kan..rasa macam tak logik je :)

Nilam suhana said...

saya pon pernah berkedip macam tu... huhu.. sangat tak selesakan??? hurm.. thanks untuk info tu.. baru tau..:)

3no gr33ny said...

Dylla Abas : fakta itu mengganggu emosi hamba..huu

3no gr33ny said...

PeRmAtA bIrU : hamba juga baru ketahuan =)

~CAHAYA~ said...

sy pn selalu berkedip...btol tu xpyh risau2 mungkin cas elektrik terlebih kot...hehe

3no gr33ny said...

~CAHAYA~ : macam2 btol la pendapat..

Ce'gu JAERA said...

baru lak hamba tahu mata berkedip dari segi pandangan saintifik... selalu nya ada saja pandangan orang tentang mata berkedip2 ni. ehehe

3no gr33ny said...

Gen2Merah : btol3...huhu

Unknown said...

apa pun kejadian pasti bersebabkan.. kalo ikut org tua2 mmg banyak aje sebab itu lah inilah.. itu semua secara kebtulan aje.. kan..

Kancil 8349 said...

ndak ambil kisah sal mata berkelip nie...sebab ndak memberi kesan pada diri Kancil...heheheh

3no gr33ny said...

QueeN TerataI : hamba setuju dengan kata tuan hamba =)

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : pada hamba maka kurang selesa andai mata bergerenyet

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail