Nak berkongsi jugak? Klik banner ea... |
"Sesiapa yang layak untuk air mata kamu yang mengalir tidak akan pernah membiarkan kamu menangis" |
Sudah semestinya tuan hamba sekalian tertanya-tanya kenapa kata-kata di atas menjadi pilihan hamba..Pada fikiran hamba..kata-kata ini bukanlah terlalu terarah kepada pasangan kekasih duniawi..Malah sebagai tanda cinta sejati Yang Maha Pengasih dan Penyayang...yang telah mencipta kita...btol tak Cikgu Kancil & Cikgu Gen2Merah??
Persepsi KEKASIH :
Sedang aku merenung malangnya nasib diri
Dikau datang menceriakan hati
Tika aku bermuram durja
Dirimu datang menggamit suasana
Sedang aku mula bergenang air mata
Engkau datang mengikis air mata
Kekasihku itu tidak akan pernah biarkan aku sendiri
Dia sentiasa menemani aku
Sepanjang mekarnya cinta berbunga
Persepsi YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG
Sedang aku merenung malangnya nasib diri
DIA memberi nikmat tanpa aku sedari
Tika aku bermuram durja
Pada DIA aku mencurahkan rasa
Sedang aku mula bergenang air mata
Aku tahu ini ujian iman dariNYA
Kerana aku tahu dia tidak mahu aku melupakan DIA
KEKASIHKU YANG SATU tidak akan pernah biarkan aku sendiri
DIA sentiasa menemani aku
Sepanjang perjalanan riwayat hidupku
p/s : nampak tak beza cinta antara keduanya??
25 comments:
WoooWW! terbaik!!penuh puitis dan bermakna lengkap hurainnya.. izinkan saya ulas sket...
"Sesiapa yang layak untuk air mata kamu yang mengalir tidak akan pernah membiarkan kamu menangis" dan tak perlulah kamu membazirkan air matamu demi mereka yg tidak layak untuknya.
Cinta manusia boleh berubah, sedang cinta Allah membawa ke syurga.
Cintakan Allah, InsyaAllah dgn sendirinya cinta manusia akan hadir bercambah mekar dalam hidup kita.
puitis...shahdu~~
"Imam Al-Ghazali berkata..
Janganlah anda menjadi muflis
dari sudut amalan dan jangan
jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah.
Yakinlah semata- mata dengan memiliki ilmu belum tentu lagi menjamin keselamatan di akhirat kelak... "
NINJA Crew
keri ikhwan : sudah menjadi hobi hamba menukil puisi bila menyampaikan rasa...terima kasih tolong hamba huraikan lagi (^_^)
NINJA Crew : terima kasih untuk perkongsian kata-kata pujangga Imam Al Ghazali di halaman hamba
aku suka ayat-ayat kau...elok,molek..hehee
salam...dr segmen yg sama..tq visit me =]
Kasih sayang Allah swt lagi besar maknanya buat hamba-hambanya....
Salam terima kasih Enogreeny (",)
nice wordsss... may i copy n paste it to my mine??
huhu
tiba-tiba rasa sebak T_T
orang2 seni ni semua......kena belajar jadi lebih berseni...hehe...anyway, ziarah blog awak yer buat prtama kali..mga ketemu lagi=)
Mehmed : terimas atas pujian tuan hamba
~mira~ : welcome =)
Gen2Merah : moga kita juga antara kekasih Dia..amin
Dylla Abas : tuan hamba jgnlah menangis..hamba juga sayu rasa ni.. (tempias agaknye)
mR_popkoRn : insyaAllah boleh..tapi lebih elok kiranya kalau diletakkan empunya siapa..heheh
SuFi Haraki : InsyaAllah..moga jalinan persahabatan tidak hanya di sini
suka2. betul kata entry awak ni.
NasZ : terima kasih..hamba cuma menyampaikan pendapat hamba seikhlasnya..andai tuan hamba ada tambahan..silakanlah...
bai'ah wafiyah : hamba ke sana sekarang jgk =)
http://anisaida97-hidupkuduniaku.blogspot.com/2011/11/segmen-bloglist-keri-sebarkan-walau-1.html
saya pun join segmen ini jugak....
saya setuju dgn ayat awk di atas :)
nice entry :)
singgh dari segmen same :)
Eida Arina : terimas =)..nanti hamba lawati halaman tuan hamba
fieha : terima kasih sebab datang di halaman hamba dan baca kata2 hamba yang tidak seberapa ni =)
maafkan kancil lewat reply...busy dalam beberapa hari nie...
entri yang bagus dan sememangnya betul tu semua....
Kancil 8349 : xpela..hamba x amik hati dengan sahabat hamba ni sebab hamba tahu tuan hamba sedang sibuk..
Post a Comment