Wednesday, 16 November 2011

Setenang Hari Petang

Alunan jam menggangu lena lagi
Lalu kukatup mata bersama bunyi
Tenangnya cuaca petang ini
Jadikan aku seorang musafir mimpi

Jam semakin berani bersuara
Bangkitlah tuanku!
Mungkin tu katanya
Berpulas aku mengendahkan dia

Bermalasan kubangun melepaskan kantuk
Membetulkan simpuhan si dara duduk
Menyingkap tirai membenarkan laluan cahaya
Mencari matahari yang berlindung dibalik awan sana

Suasana ini seperti pernah kulalui
Cuma berbeza tempat dan negeri
Waktu itu aku masih tidak mengerti 
Tentang dunia yang realiti

Bangunku berjalan meninggalkan lamunan
Membersih anggota menghadap Tuhan
Usainya rukun aku menadah tangan
Meminta supaya dimudahkan perjalanan

Kembali aku mengintai pelangi
Sedangkan gerimis juga bersembunyi
Menerawang menggamit memori
Anak kecil yang tidak mengendahkan duniawi

Petang sebegini
Dia pasti berlari-lari
Melompat ke sana-sini
Ceria menyanyi bersama lembutnya bayu di pipi

Anak itu sentiasa tenang
Walau melihat ibu berwajah garang
Sayangnya dia meninggalkan permainan
Tika mentari juga sudah mahu pulang


14 comments:

Ce'gu JAERA said...

indahnya puisi nan petang ini.... Hamba nak like 1000x.. ehe..

ada masa saya nak minta tolong enor buatkan puisi utk saya ye... heee

3no gr33ny said...

Gen2Merah : terima kasih..hamba juga suka dengan puisi ini...

andai tuan hamba yang meminta..hamba sedia sahaja bergelumang kata

Unknown said...

nice puisi ni... alif suka gak mengarang puisi...

3no gr33ny said...

alif ismail : kongsikanlah puisi yang En.Aliff karang...boleh juga hamba rujuk untuk tambahbaik penulisan

Unknown said...

pandai sungguh berpuisi.. Kalau Queen yg berpuisi taktau la ape jadi. mahu lintang pukang agaknya.. hehehe

Dylla Abas said...

orang yg suka berpuisi ni tentu berjiwa halus kan :)

3no gr33ny said...

QueeN TerataI :blom cuba manakan lagi tahu tajam atau tidak bakat yang tuan hamba ada

3no gr33ny said...

Dylla Abas : hakikatnya hamba tidak suka orang yang mengenali hamba ini tahu hamba suka berpuisi

Kancil 8349 said...

penuh dengan nilai - nila estetika dan metafora dalam puisi kamu...kancil amat menyukainya...

Keri said...

like...like... tp x elok tido petang2.. haha

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : hamba juga menyukai puisi yang satu ini

3no gr33ny said...

keri ikhwan : dh jd hobi lak tdo ptg ni..heheh

Anonymous said...

salam..

wahhh..suka saya bacanya...

" anak itu sntiasa tenang..
walu lihat ibu berwajah garang.."

best kata2 tuu

3no gr33ny said...

Sekamar Rindu : terima kasih...hamba juga suka dengan puisi tuan hamba =)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail